BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

@TinTa TarBaWi@

Perkara Yang Boleh Memberi Hiburan & Kelapangan

Pemandangan yg tenang(bumi tarbiyahku)

Perkara terpenting dalam hidup ialah menentukan matlamat kita adalah matlamat Ilahi. Matlamat Ilahi mendatangkan kepuasan kepada diri kita sendiri.Hadis Rasulullah Sallalahu’alaihiwasallam:

“ Tanda- tanda kelazatan iman ialah Allah dan Rasul yang paling dikasihi “.

Mendapat keredhaan Allah Subhanahuwata’ala adalah matlamat sebenar seseorang hamba.
Manakala faktor-faktor yang memberikan hiburan dan kelapangan dalam hidup kita ialah :

1) Iman

Cahaya iman melapangkan dada. Tanpa iman beerti seseorang berada dalam kegelapan.Malah itulah kegelapan hakiki. Sekiranya kita berada dalam kegelapan maka kita akan merasa susah, derita dan sempit dalam hidup. Seandainya kita hidup dalam cahaya iman, maka kita akan merasa lapang dan tenang..

2) Ilmu

Ilmu akan melapangkan dada kita.Kejahilan mewarisi kesempitan jiwa. Kejahilan juga akan menyebabkan kita merasa terpenjara dan terbelenggu. Dengan bertambahnya ilmu seorang hamba akan lebih senang.

Ilmu pula bukanlah sebarang ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu yang diwarisi oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Ilmu yang berfaedah. Orang yang memiliki ilmu adalah orang yang paling tenang hatinya, paling baik akhlaknya dan paling bahagia hidupnya..

3) Muraqabah

Muraqabah kepada Allah Subhanahu wata’ala ialah menumpukan sepenuh hati kepada Allah Subhanahu wata’ala. Seseorang akan merasai nikmat dengan beribadah kepada-Nya semata-mata. Kalau seseorang itu terikat dengan yang lain dalam ibadahnya, maka dia akan merasa lemah dan sempit..

Muraqabah kepada Allah Subhanahu wata’ala mencetuskan rasa cinta atau kasih seseorang kepada-Nya.Dengan bertambahnya kasih kita kepada Allah Subhanahu wata’ala,kita akan merasa bertambah tenang.Sebaliknya, kita akan merasa sempit melihat orang yang tidak kasih kepada Allah Subhanahu wata’ala, serta merasa lemas melihat orang yang melanggar perintah Allah Subhanahu wata’ala..

Oleh itu, apabila hati kita merasa aman melihat perbuatan yang tidak baik maka cepat-cepatlah berjumpa sahabat untuk ditarbiyah sebelum hati itu keras.

Ibnu Qayyim pernah berkata,”orang yang cinta kepada Allah memandang orang yang melanggar perintah Allah seperti memandang sampah.Matanya sakit melihat perbuatan tersebut”.
Dalam satu sabda Rasulullah sallahualaihiwassalam menerangkan bahawa diantara sifat orang yang merasai kemanisan iman ialah,”….Dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci di campakkan kedalam neraka…”

Benci yang di maksudkan disini ialah benci kepada perbuatan mungkar dan berusaha pula menarik seseorang kejalan yang benar sebagai hamba Allah semata-mata.

Orang yang kasihkan selain daripada Allah akan diazab oleh Allah dengan benda yang dikasihinya.Benda itu akan mengurungkan hatinya dan bumi ini akan menyusahkannya.

4) Ihsan

Ihsan juga adalah sifat boleh memberi ketenangan kepada hati.Ihsan kepada makhluk member manfaat kepada makhluk disamping diri sendiri.Oleh itu,berikanlah ihsan kepada makhluk ,kepada binatang hatta kepada orang kafir.

Orang yang pemurah dan ihsan adalah orang yang paling lapang jiwanya dan paling baik perasaannya.hatinyamerasai nikmat.

Sebaliknya,orang yang bakhil dan tiada ihsan adalah orang yang paling sempit jiwanya dan susah hidupnya.Walaupun kelihatan mewah tetapi perasaannya susah.Allah menyempitkan jiwanya.

5) Berani

Orang yang berani akan lapang dadanya dan tenang.Berani di sini bukanlah berani membuta tuli dan tiada pimpinan.Bahkan berani disni ialah berani sebagai seorang beriman.Subhanahuwata’ala semata-mata.

Dengan berani sebegini,maka hati tidak takut kepada sesiapa.Justeru itu hati rasa luas dan lapang.

Pengecut pula menyebabkan dada menjadi paling sempit,hilang lazatan dan hati terkurung sepertimana terkurungnya binatang.

6) Keluar daripada sakti baki hati yang keji seperti sifat hasad dengki.

Sifat-sifat keji akan mengazabkan hati kita.Orang yang memiliki sifat-sifat keji tidak akan mendapat habuanmerasai terhibur.

7) Menjaga mata.

Menjaga mata bermakna tidak melihat perkara-perkara maksiat atau perkara-perkara yang tidak perlu kita lihat.

8) Menjaga lidah

Meninggalkan percakapan keji yang tidak perlu dicakap.Bahaya percakapan sangatlah banyak.Rasullullah sallallahualaihiwasallam ada menjelaskan (yang bermafhum),”Kalau kamu tidak banyak cakap ,maka kamu akan nampak apa yang aku nampak”..

10) Menjaga Pergaulan.

11)Meninggalkan pergaulan yang tidak berfaedah.

12)Tidak makan berlebihan dan meninggalkan makanan yang tidak berfaedah.

13)Meninggalkan tidur supaya tidak melebihi daripada sepatutnya.


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sebagai contoh :

Rasullullah Sallallahua’alaihiwasallam adalah ikutan kita dalam mendapatkan hiburan dan kelapangan hidup.Rasullullah Sallahualaihiwassalam makhluk terbaik yang memilih factor-faktor yang memberi hiburan dan kelapangan jiwa.Oleh itu ,makhluk yang terbaik dan terhibur ialah makhluk yang paling banyak mengikut Rasullulah Sallahualaihiwasallam.

Kemuncak kesenangan Rasullullah Sallahu’alaihi wassallam ialah dengan mendapatkan kesenangan dada dan pemeliharaan Allahu subhanahuwataala.Begitulah para pengikut baginda akan turut mendapat bhagian kesenangan dan pemeliharaan Allah Subhanahuwata’ala.Allah husubhanahuwata’ala akan menjaga ,mempertahankan,memuliakan,memperkuatkan dan menolong para pengikut setakat mana mereka mengikut Rasullullah Sallallahu’alaihiwasallam.

Sesiapa yang mendapat kebaikan,hendaklah memuji Allah subhanahuwataala.Sebaliknya kalau dia mendapat yang tidak baik,maka janganlah dia mencaci Allah Subhanahuwata’ala.Bahkan persalahkanlah diri sendiri,Mungkin pada dirinya terdapat sifat pengecut,bahil,menentang Allah,lalai berzikir kepada Allah,jahil dengan Allah,jahil dengan nama dan sifat Allah Subhanahuwata’ala atau bergantung kepada selain daripada Allah Subhanahuwataala atau bergantung kepada selain daripada Allah Subhanahuwata’ala .Sesungguhnya sesiapa yang bersifat sedemikian diharamkan jiwanya dari berasa bahagia.


Roh atau hati yang merasai bahagia

Yang merasai bahagia ialah roh atau hati.Kalau kita abaikan faktor-faktor tadi,maka hati akan menderita.Hakikatnya bukanlah teling,mata dan anggota zahir yang merasai tetapi hati.Hiburan hati sedap dan puas daripada hiburan zahir.

Nikmat hati kita terima bukanlah terhenti didunia sahaja,bahkan berterusan sehingga kealam barzakh.Alam Barzakh akan menjadi taman syurga dan menghiburkan.Sebaliknya hati yang sempit terus didunia akan terus terazb di alam barzakh.

Dengan nikmat hati,orang yang berjuang di jalan Allah Subhanahuwata’ala tidak akan merasa penat lantaran dia merasai kelazatan di sana nanti…Aminnn..

Ma'an Najah 'alaik!!!


Oleh : Abu Muhammad -Ulasan berdasarkan kitab Zaadul Ma’ad (Ibnul Qaiyyim)

0 ulasan: