BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sekadar Perkongsian Bersama=)

!!!Cinta kita Cinta PerjuanGan!!!

Hasil karya: ahmadfadhli oleh : ahmadfadhli, 1 Oktober 2002)

“Enti menangis..?” “Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”“Habis, mata enti berair?” “Mata ana masuk habuk.
Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum. Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.“Ana tahu enti menangis..” “Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak. “Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..” “Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlaku fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…” “Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?” “Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..” “Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku. “Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..”
Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh? *** “Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya. “Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak. “Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan
Z Zdemokrasi.

Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?” Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini. “Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melalui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!”
“Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?” “Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.” “Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian. ***“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.
“Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!” Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki. “Jawab soalan aku dulu..” “Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya. “Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua. “Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!” “Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.
“Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… “ “Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.” “Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya. ‘Lagi.. negatifnya?” “Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung, “Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.” “Apa dia..? Negatifkah.” “Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.” “Gerakan militankah?” “Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!” “Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?” “Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!” “Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah. “Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”
***Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku? “Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?” “Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.?” “Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal. “Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi anbiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu. “Ustaz tidak main-mainkan ana?” “Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.” “Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.
***Sudah lima bulan aku di bumi anbiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya.. “Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung, “Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..” Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku. Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Cyber Café yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan o­nline, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku, “SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’ Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : “you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.
“Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan diysaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!” Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas, “Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!” Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita! - TAMAT –

Inilah cinta kita...cinta mereka yang inginkan cinta Allah..cinta yang tida taranya..cinta yang mengatasi segala apa di dunia..cinta syahid yang membara..cinta bertemu di syurgaNya...inikah cinta kita?...tepuk selera tanya iman di dada..

_uwaisaljundi_

@TinTa TarBaWi@

Perkara Yang Boleh Memberi Hiburan & Kelapangan

Pemandangan yg tenang(bumi tarbiyahku)

Perkara terpenting dalam hidup ialah menentukan matlamat kita adalah matlamat Ilahi. Matlamat Ilahi mendatangkan kepuasan kepada diri kita sendiri.Hadis Rasulullah Sallalahu’alaihiwasallam:

“ Tanda- tanda kelazatan iman ialah Allah dan Rasul yang paling dikasihi “.

Mendapat keredhaan Allah Subhanahuwata’ala adalah matlamat sebenar seseorang hamba.
Manakala faktor-faktor yang memberikan hiburan dan kelapangan dalam hidup kita ialah :

1) Iman

Cahaya iman melapangkan dada. Tanpa iman beerti seseorang berada dalam kegelapan.Malah itulah kegelapan hakiki. Sekiranya kita berada dalam kegelapan maka kita akan merasa susah, derita dan sempit dalam hidup. Seandainya kita hidup dalam cahaya iman, maka kita akan merasa lapang dan tenang..

2) Ilmu

Ilmu akan melapangkan dada kita.Kejahilan mewarisi kesempitan jiwa. Kejahilan juga akan menyebabkan kita merasa terpenjara dan terbelenggu. Dengan bertambahnya ilmu seorang hamba akan lebih senang.

Ilmu pula bukanlah sebarang ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu yang diwarisi oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Ilmu yang berfaedah. Orang yang memiliki ilmu adalah orang yang paling tenang hatinya, paling baik akhlaknya dan paling bahagia hidupnya..

3) Muraqabah

Muraqabah kepada Allah Subhanahu wata’ala ialah menumpukan sepenuh hati kepada Allah Subhanahu wata’ala. Seseorang akan merasai nikmat dengan beribadah kepada-Nya semata-mata. Kalau seseorang itu terikat dengan yang lain dalam ibadahnya, maka dia akan merasa lemah dan sempit..

Muraqabah kepada Allah Subhanahu wata’ala mencetuskan rasa cinta atau kasih seseorang kepada-Nya.Dengan bertambahnya kasih kita kepada Allah Subhanahu wata’ala,kita akan merasa bertambah tenang.Sebaliknya, kita akan merasa sempit melihat orang yang tidak kasih kepada Allah Subhanahu wata’ala, serta merasa lemas melihat orang yang melanggar perintah Allah Subhanahu wata’ala..

Oleh itu, apabila hati kita merasa aman melihat perbuatan yang tidak baik maka cepat-cepatlah berjumpa sahabat untuk ditarbiyah sebelum hati itu keras.

Ibnu Qayyim pernah berkata,”orang yang cinta kepada Allah memandang orang yang melanggar perintah Allah seperti memandang sampah.Matanya sakit melihat perbuatan tersebut”.
Dalam satu sabda Rasulullah sallahualaihiwassalam menerangkan bahawa diantara sifat orang yang merasai kemanisan iman ialah,”….Dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci di campakkan kedalam neraka…”

Benci yang di maksudkan disini ialah benci kepada perbuatan mungkar dan berusaha pula menarik seseorang kejalan yang benar sebagai hamba Allah semata-mata.

Orang yang kasihkan selain daripada Allah akan diazab oleh Allah dengan benda yang dikasihinya.Benda itu akan mengurungkan hatinya dan bumi ini akan menyusahkannya.

4) Ihsan

Ihsan juga adalah sifat boleh memberi ketenangan kepada hati.Ihsan kepada makhluk member manfaat kepada makhluk disamping diri sendiri.Oleh itu,berikanlah ihsan kepada makhluk ,kepada binatang hatta kepada orang kafir.

Orang yang pemurah dan ihsan adalah orang yang paling lapang jiwanya dan paling baik perasaannya.hatinyamerasai nikmat.

Sebaliknya,orang yang bakhil dan tiada ihsan adalah orang yang paling sempit jiwanya dan susah hidupnya.Walaupun kelihatan mewah tetapi perasaannya susah.Allah menyempitkan jiwanya.

5) Berani

Orang yang berani akan lapang dadanya dan tenang.Berani di sini bukanlah berani membuta tuli dan tiada pimpinan.Bahkan berani disni ialah berani sebagai seorang beriman.Subhanahuwata’ala semata-mata.

Dengan berani sebegini,maka hati tidak takut kepada sesiapa.Justeru itu hati rasa luas dan lapang.

Pengecut pula menyebabkan dada menjadi paling sempit,hilang lazatan dan hati terkurung sepertimana terkurungnya binatang.

6) Keluar daripada sakti baki hati yang keji seperti sifat hasad dengki.

Sifat-sifat keji akan mengazabkan hati kita.Orang yang memiliki sifat-sifat keji tidak akan mendapat habuanmerasai terhibur.

7) Menjaga mata.

Menjaga mata bermakna tidak melihat perkara-perkara maksiat atau perkara-perkara yang tidak perlu kita lihat.

8) Menjaga lidah

Meninggalkan percakapan keji yang tidak perlu dicakap.Bahaya percakapan sangatlah banyak.Rasullullah sallallahualaihiwasallam ada menjelaskan (yang bermafhum),”Kalau kamu tidak banyak cakap ,maka kamu akan nampak apa yang aku nampak”..

10) Menjaga Pergaulan.

11)Meninggalkan pergaulan yang tidak berfaedah.

12)Tidak makan berlebihan dan meninggalkan makanan yang tidak berfaedah.

13)Meninggalkan tidur supaya tidak melebihi daripada sepatutnya.


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sebagai contoh :

Rasullullah Sallallahua’alaihiwasallam adalah ikutan kita dalam mendapatkan hiburan dan kelapangan hidup.Rasullullah Sallahualaihiwassalam makhluk terbaik yang memilih factor-faktor yang memberi hiburan dan kelapangan jiwa.Oleh itu ,makhluk yang terbaik dan terhibur ialah makhluk yang paling banyak mengikut Rasullulah Sallahualaihiwasallam.

Kemuncak kesenangan Rasullullah Sallahu’alaihi wassallam ialah dengan mendapatkan kesenangan dada dan pemeliharaan Allahu subhanahuwataala.Begitulah para pengikut baginda akan turut mendapat bhagian kesenangan dan pemeliharaan Allah Subhanahuwata’ala.Allah husubhanahuwata’ala akan menjaga ,mempertahankan,memuliakan,memperkuatkan dan menolong para pengikut setakat mana mereka mengikut Rasullullah Sallallahu’alaihiwasallam.

Sesiapa yang mendapat kebaikan,hendaklah memuji Allah subhanahuwataala.Sebaliknya kalau dia mendapat yang tidak baik,maka janganlah dia mencaci Allah Subhanahuwata’ala.Bahkan persalahkanlah diri sendiri,Mungkin pada dirinya terdapat sifat pengecut,bahil,menentang Allah,lalai berzikir kepada Allah,jahil dengan Allah,jahil dengan nama dan sifat Allah Subhanahuwata’ala atau bergantung kepada selain daripada Allah Subhanahuwataala atau bergantung kepada selain daripada Allah Subhanahuwata’ala .Sesungguhnya sesiapa yang bersifat sedemikian diharamkan jiwanya dari berasa bahagia.


Roh atau hati yang merasai bahagia

Yang merasai bahagia ialah roh atau hati.Kalau kita abaikan faktor-faktor tadi,maka hati akan menderita.Hakikatnya bukanlah teling,mata dan anggota zahir yang merasai tetapi hati.Hiburan hati sedap dan puas daripada hiburan zahir.

Nikmat hati kita terima bukanlah terhenti didunia sahaja,bahkan berterusan sehingga kealam barzakh.Alam Barzakh akan menjadi taman syurga dan menghiburkan.Sebaliknya hati yang sempit terus didunia akan terus terazb di alam barzakh.

Dengan nikmat hati,orang yang berjuang di jalan Allah Subhanahuwata’ala tidak akan merasa penat lantaran dia merasai kelazatan di sana nanti…Aminnn..

Ma'an Najah 'alaik!!!


Oleh : Abu Muhammad -Ulasan berdasarkan kitab Zaadul Ma’ad (Ibnul Qaiyyim)

!!BiCara HaTi SaNg PeJuaNg!!



Perjuangan ini …
Sesungguhnya perit untuk diredah pahit untuk ditelan
seringkali menduga iman
menuntut kesabaran
namun hatiku, ikhlaslah...redholah
walau diri ini selalu menderita
walau diri ini selalu terkorban
kerana kita yakin dengan janji2 ALLAH
"sesiapa yang menolong agama ALLAH, nescaya ALLAH
akan menolongnya dan menetapkan kedudukannya"
bahawa manisnya perjuangan ini
akan kecapi di dunia abadi nanti….

Pada penghujung pertemuan ini
kita singkap kembali lembaran
hari2 semalam
kenangan mengajar erti kesabaran
detik pertemuan kita adalah
saat bermulanya khittah

Perjuangan ini….
betapa sucinya perjuangan hingga
menemukan kita di atas titian ukhwah
betapa kudusnya pertemuan
hingga membuahkan kasih sayang
antara kita saling memberi dan menerima
bersama mengejar maghrifah dan
Redho Illahi
menggapai CINTA KASIH RABBUL ‘IZZATI

Andainya pertemuan berakhir disini
ingatlah sahabat2ku..bahawa ukhwah
fillah takkan mati
dan perjuangan ini akan terus dilestari
walau sesiapapun kita
di mana sahaja kita berada
Deenul Islam tetap akan dibela
dan kita PAStikan suatu hari nanti
dunia ini adalah milik kita
milik perjuangan yang suci ini
milik ISLAM yang abadi..selamanya..

Ingatlah wahai mata rantai perjuangan ISLAM!!!
Apabila diri anda telah disenaraikan dalam
Soff perjuangan,
Maka tabiat generasi ini mesti berbeza dari
Tabiat generasi umm,
Sahsiah mesti ditngkatkan
Akhlak mesti di jaga
Fikrah mesti semakin jelas
Daya fikir mesti semakin matang
Nilai ucapan & kata2 biarlah berharga
Pandangan mestilah bernas
Kesungguhan bekerja & merancang mestilah semakain tinggi
Tabiat buruk mestilah dibuang
Sumbangan mestilah semakin bertambah
Muhasabah diri sendiri jangan di alpakan….
Teruskan perjuangan sahabat2ku..
Selamat Beramal walaupun sedikit….



P/s :Buat shbt2 batch Spm’07@ Gen’11 dan Adk2 ma’ahad yang sentiasa diingati…
Selamat Berjuang For all!!!
عليكم باالنجاح!!!

!!!IkhLas Dari ShbTku!!!


Bismillahirrahmaanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t..

Salam Lambaian Maghfirah diucapkan kpd sume...

Alhmdllh,skrg dh smpy 20 ari kta berada d'medan perang!! Tak rasa lapar sikit pon puasa harini..Indahnya ISLAM..Ana sbnrnya bknnya rajin sgt nk UPDATE2 nie..tp,dh ada org semawa kta on je lerr..he2..kalini ana nak tempek TAG saja..Tag ni senang sama nak buat,tu pun jenoh ajaq..Tak susah mna pon..Huhu.
Ok..Tag ni drpd shbt ana,dy pon nk fly dh raya ke-5 ni..so,sblom dy fly,dy bg tag ni dkt ana sbg tanda p'shbtan yg xpnh putus slama nie..Asif ya sohabati , baru ada kesempatan skrng nak buat. P sna nnt jgn lupe org kt cni plk yee!!..Istimewa buatmu
shbtku@missgaza@




1) copy gambar amal islam d'atas..copy satu post ni pun xmengapa..mudah n menjimatkan mesej..harapnya begitu..

okey..alhmdulillah siap=)

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? Lagi bagus. Kalau nak bagi semua? Amat digalakkan..

Okey..10 orang ni ana tag sahabat2 maahadianz dulu2lah..yg laen tu lain kali je la yee =P

~ Shida – nk fly dh kn?jgn lupa ana yee ~
~ Maiyah – sori,xbleh join ifthor ngn nt =P ~
~ K.minah – apa habaq orang klate? ~
~ Cheah – syukran byk2..sblom fly jmpa dlu..hehe~
~ Mierah– bla blh jmpa yee?cht kot noh.. ~
~ M.ndak – bla nk knduri? .. ~
~ Dihah – lamanya tak dengo kabo.. izayyik ya sohabati? ~
~ Thoiyib – yg ni plk cbuk memanjang..haha ~
~ Farah – assalamualaikum ustzh..senyap ja dy=P ~
~ lilie n sob – jga ma'ahad leklok noh.. salam ukhwah..=) ~


** Sapa2 yang sudi ambil tag ni untuk disebar- sebarkan pada umat ISLAM lain keseluruhannya tafadholl.."Membangun bersama ISLAM"!!

3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara.. Jadi sebar2knlah ya...

Aiwah..ya ukht=)

4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang ja.. Lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? Zoom Inla ye..

InsyaAllah... Mudah –mudahan kita sama2 berusaha n mampu mengamalkan Islam sepenuhnya sebagai satu cara hidup! 100% Ameen..

Firman Allah S.W.T dalam surah A-li 'Imran ayat 19. Mafhumnya:
“Sesungguhnya agama yang diredhai dan yang benar di sisi Allah S.W.T. hanyalah agama Islam semata-mata..”

FirmanNya lagi dalam surah yang sama ayat 85 yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam sebagai cara hidupnya tidak akan diperakui dan tidak akan diakui oleh Allah dan akan termasuk ke dalam orang-orang yang rugi di akhirat kelak..”

"..shbtku,ingatlah Islam adlh agama yg syumul..dimana bumi dipijak disitulah ISLAM d'junjung..Islam is the way of life.."
"Bersama kita Mengembalikan ke'izzahan ISLAM"
Allahuakbar!!

.:KeLebiHan SoLat SuNat TeraWih:.


Diriwayatkan oleh saiyidina Ali Radiallahu'anhu,drp Rasulullah s.aw, sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat2 nabi s.a.w ttg fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pd bulan Ramadhan:-

Malam 1- Keluar dosa2 org mukmin pd malam pertama spertimna ia baru d'lahirkan, mndpt keampunan dari Allah s.w.t..
Malam 2- Diampunkan dosa2 org mukmin yg smbahyng terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mreka org yg beriman)..
Malam 3- Berseru malaikat d'bawah 'arash supaya kami meneruskan smbhyang terawih trus mnerus smoga Allah
mengampunkan dosa engkau..
Malam 4- Memproleh pahala ia sbgaimana pahala org2 yg mmbaca kitab2 taurat,injil,zabur dan alquran..
Malam 5- Allah kurniakan baginya pahala seumpama org sembahyang d'masjidil haram,masjid madinah dan Masjidil Aqsa..
Malam 6- Allah kurniakan baginya phala kpdnya pahala malaikat2 yg tawaf d'baitulma'mur (70 ribu malaikat skali tawaf), serta setiap batu2 dan tanah2 mendoakan spya
Allah mengampunkan dosa org yg
mengerjakan sembahyang
terawih pd malam ini..

Malam 7- Seolah2 ia dpt bertemu dgn nabi musa serta menolong nabi 'alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman..
Malam 8- Allah mengurniakan pahala org yg sembhyang terawih sprtimana yg telah d'kurniakan kpd nabi Allah
Ibrahim 'alaihissalam..
Malam 9- Allah kurniakan pahala dan d'naikkan mutu ibadah hambanya spt Nabi
Muhammad s.aw..

Malam 10- Allah subhanahu wata'ala mengurniakan kpdnya kebaikan ddunia dan akhirat..
Malam 11- Keluar ia drp dunia (mati) bersih drpd dosa spt ia baru d'lahirkan..
Malam 12- Datang ia pd hari Qiyamat dgn muka yg b'cahaya (cahaya ibadatnya)..
Malam 13- Datang ia pd hari Qiyamat dalam aman sentosa drpd tiap2 kejahatan dan keburukan..
Malam 14- Datang Malaikat menyaksikan ia b'smbahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pd
hari Qiyamat..
Malam 15- Semua malaikat yg menanggung 'arash,kursi,berselawat dan mendoakannya spya Allah
mengampunkannya..
Malam 16- Allah subhanahu wata'ala tuliskan baginya terlepas drpd neraka dan d'masukkan kedalam syurga..

Malam 17- Allah kurniakan org yg b'terawih pahalanya pd malam ini sebanyak2 pahala nabi2.. Malam 18- Seru malaikat : Hai hamba Allah!!sesungguhnya Allah telah redho kpd engkau dan ibu bapa engkau (yg masih hidup@mati)..
Malam 19- Allah subhanahu wata'ala tingkatkan darjatnya d'dalam syurga Firdaus..
Malam 20- Allah kurniakan kpdnya pahala sekalian org yg mati syahid dan org2 solihin..

Malam 21- Allah binakan sebuah istana d'dalam syurga drp Nur(cahaya)..

Malam 22- Datang ia pd hari Qiyamat aman drp tiap2 dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru hara
d'pdg mahsyar)..
Malam 23- Allah subhanahu wata'ala binakan kpdnya sebuah bandar d'dalam syurga drp Nur(cahaya)..

Malam 24- Allah buka peluang 24 doa yg mustajab bagi org yg berterawih pd malam ini (elok skali berdoa
ketika dalam sujud)..
Malam 25- Allah Ta'ala angkatkan drpdnya seksa kubur..

Malam 26- Allah kurniakan kpd org berterawih pahala pd malam ini seumpama 40 tahun b'ibadah..

Malam 27- Allah kurniakan org b'terawih pd malam ini ketangkasan melintas atas "titian siratulmustaqim"
spt kilat menyambar..
Malam 28- Allah subhanahu wata'ala kurniakan kpdnya 1000 darjat d'akhirat..

Malam 29- Allah sabhanahu wata'ala kurniakan kpdnya pahala 1000 kali haji yg mabrur.. Malam 30- Allah subhanahu wata'ala beri penghormatan kpd org berterawih pd malam terakhir ini yg teristimewa sekali, lalu berfirman :-
"Hai hambaku!!makanlah segala jenis buah2 yg engkau ingin hendak makan d'dalam syurga, dan mandilah engkau drp air syurga yg bernama salsabila, serta minumlahlah air drp telaga yg d'kurniakan kpd Nabi Muhammad s.a.w yg bernama(alkautsar).."

"..shbt2..Jln dakwah merupakan jln yg mulia n ia hnya mampu d'pikul oleh org2 yg mulia..berjuanglah untuk mngejar akhirat tnpa melupakan dunia..Korbankan harta,masa,perasaan n keingginanmu,demi ke'izzahan islam,walaupun berat kakimu melangkah krn bukan smua yg kta sukai e2 baek utk kta..In islam,there is no word 4 hand up,no word 4 surrender ,there are only two things win as MUJAHID or DIE as a syahid..."
(=
SeLaMat BerAmaL=)


MaRhaBaN Ya RaMadHan!!!


RAMADHAN KARIM BUAT SEMUA.....
"...Bhwa sesungguhnya Rejab adalah kesempatan
untuk meminta ampun dr segala dosa..
Syaaban adalahkesempatan untuk memperbaiki
diri dr segala cela..Mnakala
Ramadhan pula adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa...
"Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:-"
'...semua amalan anak adam digandakan kebaikannya 10 kali ganda
serupa dgannya hgga 700 kali ganda..'
"ALLAH SWT berfirman":-
'...Melainkan puasa kerna ia untukku dan
aku sendiri yg akan memblsnya,Mreka mnggalkan
syahwat dan mknnya kernaku..
Bg org yg berpuasa akn mndpt 2 kgmbiraan...
ktika berbuka puasa dan kgembiraan ketika menemui Allah..
Bau mulut org yg berpuasa lbih
wangi drp haruman kasturi....'
-Riwayat Bukhari dan Muslim-

ALLAH IS ENOUGH FOR US!!!!


WheN u Says Its ImpoSsibLe..

Allah SayS All ThingS ArE PosSiblE..

WheN u Says I CanT MaNaGe..

Allah SayS I WiL SuPpLy All Ur NeEds..

WheN u Says I CanT Go On..

Allah SayS My GrAcE Is SuFfIciEnT..

WheN u Says I CanT FiGuRe ThinGs OuT..

Allah SayS I WiL DireCt Ur StepS..

WheN u Says I CanT Do It..

Allah SayS U CaN Do All ThinGs..

WheN u Says Im NoT AbLe..

Allah SayS Im AbLe..

WheN u Says Im AfRaiD..

Allah SayS I HavE NoT GivEn u A SpiRiT oF FeaR..

WheN u Says Im OweZ woRieD n FruStaTed..

Allah SayS CaSt All Ur CarEs On Me..

When U SayS I CanT 4GiV MySelF..

Allah SayS I 4GiV u...

WheN u SayS NoBodY ReallY LovEs me..

Allah SayS I LUV u..

WheN u SayS I DonT Hav EnouGh FaiTh..

Allah SayS I hAv GiveN EvRy1 A meAsuRE of FAITH...


@Be yOurSeLf!!

"..IsL@M NeVer NeeDs us,buT We @re The One Need IsL@M.."


BANGKIT SEGERA..
www.iLuvislam.comrosepurpleeditor: everjihad
Mana pemuda-pemudi ..
Mengapa kian malap bara juangmu....?
Dimana unggun yang menjulang itu..
Kemana pergi..?
Bangkitlah..
Hiraukan bayu yang menegur..
Takut nanti taufan hebat pula menampar..
Tidak sempat kau elak..
Usah goyah…
Usah lesu wahai pejuang..
Usah tunduk pada kekalahan..
Mana kau tahu itu penghujung segala..?
Bangkitlah segera anak dagang..
Jurangmu masih jauh berbeda..
Lupakah dikau pesanan ulama'..?
Muslim itu tidak boleh lemah..!
Tidakkah itu suatu kebenaran..?
Maka sahutlah..
Sambutlah kalimat itu..
Gapailah cita-citamu yang melangit tinggi..
Agar goyah kubu musuhmu..
Sekali rebahtakkan bisa melemahkan dayamu..
Kerana ia hanyalah bak gigitan semut..
Bagi seorang pejuang yang utuh,
bekalkan jiwamu dengan makanan ilmu yang berguna..
Luangkan masamu pada helaian kalimat RabbKerana..
disitulah jalan bahagia bagimu...
@..MeMbanguN BerSaMa IsLaM..@
TakBiRR!!!!

KeNanGaN TerInDaH!!


Ma'ahad yg ku cintai......
Dikaulah yg mmberi tunjuk ajar kpdku...
Erti kehidupan sebenar...
Ya Allah,,tihan yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Kami mendamba kasih padaMu,
Sejahterakanlah Ma'ahad yg kami Kasihi ini...
Sesungguhnya,,terlalu byk ketidakadilan,penindasan
yg berlaku kpd Ma'ahad,
Hanya pdmu kami memohon...
Berilah petunjuk kpd pemimpin2 kami utk mempertahankan
Institusi yg berjasa ini...
Moga kbenaran kmbali tertegak
di Bumi Barakah ini...Aminn...

KeMbaRa MeNujU ILLaHi@

'...Adalakalanya kita perlu MeNangis agr kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA,,adakalanya kta perlu KETAWA agr kita tahu mahalnya nilai AIR MATA...'
'...bersyukur kpd org yg mnyakitimu krn dialh yg menabahkanmu,bersyukur pd org yg TAK MENGENDAHKAN kamu krn dia memupuk smangatmu utk BERDIKARI,bersyukur pd org yg MENJATUHKN kamu krn dialh org yg MEMPERHEBATKN kmampuanmu,bersyukur pd org yg MENYIKSA mu krn dia yg mnguji KESABARAN & KETABAHAN kamu...'

'....Perdalamkanlah ilmumu sblm memimpin krn apabila sudah mnjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lg untuk mndalami Ilmu...('IMAM SYAFI'E)

Coretan_Uwais=)


Assalamu'alaikum...
Pembuka bicara..Buat mujahidah yg sedang mekar d'taman perjuangan..Jagalah n peliharalah 'izzah dirimu,lembut tuturmu,lunak suaramu,anggun tingkahmu,ayu langkahmu,pesona pandanganmu,molek akhlakmu tika dirimu fi sabilidda'wah..Moga kta sma2 istiqamah mnegakkan Agama ALLAH..Takbirr!!