BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

~Al-Azhar Members : DaLaM SeJaRah~



Alhamdulillah..Tanggal 21 Disember 2011, tamatlah sudah kepimpinan Al-azhar Members pada sesi ini [2010/2011]..Rasa terharu pon ada..hehe=)Tahniah & syabas wa mabruk 'alaikum kepada semua saff kepimpinan sebarisan dgn ana kerana antum telah berjaya buat yang terbaik dan meletakkan jalan perjuangan kita tak lain tak bukan seiring dengan perjuangan islam..InsyaAllah..

ALAM pada sesi 2010/2011 telah merealisasikan tema "Mahasiswa IsLaM Memimpin Ummah" dengan menggariskan beberapa dasar seiring dengan kehedak islam iaitu :
1) Mengajak Mahasiswa Mengimarah Masjid Al-Azhar
2) Amar Ma'ruf Nahi Mungkar
3) Memperkukuhkan kesatuan hati antara ALAM dan Mahasiswa
4) Menyemai kesedaran dakwah islamiah dalam diri mahasiswa
5) Memperkasakan hubungan luar(jaringan kampus)..

Justeru, dengan adanya dasar-dasar diatas dapat mengukuhkan lagi kesatuan Alam dengan pelbagai pihak sehingga hari ini..Alhamdulillah, sekarang sudah tiba masanya peralihan kepimpinan lama kpd yang baru dipimpin oleh Sdr.Adik Amirul Hafiz bin Othman. Harapan ana, Moga antum dapat meneruskan perjuangan ini seiring dengan islam..Siiru 'ala barakatillah..
Wassalam..=)

HUDUD: SIAPA KITA UNTUK PERTIKAINYA?

Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang melibatkan ‘perang saraf’ dalam dunia politik. Kita mengambil sikap terbuka sekiranya ia melibatkan pertikaian dari sudut politik semata.
Namun apa yang menyedihkan, motif filem itu dikotori cacian dan makian kepada individu-individu tertentu dan secara terang menghina hukum-hakam Allah. Apa yang menyedihkan lagi, filem itu di’bintangi’ orang melayu beragama islam sendiri!
Isu ini bukan perkara yang boleh dipandang enteng. Jika ia hanya melibatkan pertembungan parti politik, itu ialah perkara yang normal. Namun, apabila ia melibatkan sensitiviti agama sehingga menghina hukum Allah secara terang, ia telah melanggar prinsip asas di dalam Islam.

Maka, GAMIS dengan tegas membantah perkara seperti ini daripada terus dipermainkan di media, lebih-lebih lagi melibatkan hukum dan hudud Allah.
Mengambil pendekatan berhikmah, GAMIS cuba tampil pada kali ini merespon beberapa perkara yang dibangkitkan di dalam filem pendek itu agar kita jelas dalam mengatakan kebenaran dan keadilan Islam dalam setiap sudut kehidupan.
Pertama: setiap muslim perlu mengetahui bahawa hudud bukan hasil pemikiran manusiawi yang hanya makhluk ciptaan Allah. Hudud merupakan undang-undang yang ditetapkan daripada Allah SWT yang Maha Pencipta seluruh alam dan seisinya.
Perkara ini jelas dinyatakan di dalam Al-Quran samada secara zhahir dan juga muhkam dilalah, yang mana ayatnya tidak membawa sebarang takwilan ataupun naskh, bahkan ia berada pada kedudukan paling tinggi dari sudut keterangan (declaration) di dalam Al-Quran.

Allah juga telah menegaskan di dalam Al-Quran melalui surah al-maidah ayat 49 mafhumnya:
“dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga – jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu.”
Hudud bukan sekadar hukum Allah swt yang telah ditetapkan secara tekstual di dalam al Quran dan kemudiannya dibuku dan dibekukan, tetapi ia suatu ketetapan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan ummat manusia sebagai proses keadilan untuk mengurus dan mengatur kehidupan ummah dari Tuhan pencipta manusia.

Kedua: Kita juga mengetahui, di dalam konteks masyarakat dan keperluan mengikut aulawiyyat sekarang, pelaksanaan hudud perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat, bahkan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi juga menegaskan terdapat beberapa yang membawa kemashlahatan umum perlu diutamakan sebelum menjalankan hudud secara total.
Namun, ia tidak bererti kita boleh memperkecil-kecilkan hukum hududyang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta, yang mengetahui setiap sesuatu sehinggakan bilangan daun yang gugur di tanah sekalipun sudah ada di dalam PengetahuanNya.
Penegasan Allah nyata di dalam Al-Quran surah an-nisa ayat 56:
“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Sepakat ulama’ mengatakan, mempermainkan hukum-hakam Allah samada secara sedar atau tidak, dengan memperkecilkan atau mengatakan hukum Allah tidak relevan pada masa sekarang, boleh mengugurkan iman seseorang.
Allah juga telah menegaskan di dalam ayat 41 surah al-a’raf:
“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah dan ketetapan) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga lah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah.”

Ketiga : Keadilan hukum Allah yang bersifat sacral (maksum) tidak dapat disanggah dengan akal pemikiran manusia yang dangkal. Keadilan itu bukan pada penyamarataan seperti yang didakwa di dalam filem pendek itu, kerana keadilan itu ialah meletakkan setiap perkara pada tempatnya.
Jika dilihat secara ringkas, setiap hukum hudud itu merangkumi Maqasid Syariah yang disepakati oleh jumhur fuqaha dahulu dan sekarang, iaitu menjaga lima perkara asas:

a] Agama : melalui undang – undang murtad
b] Nyawa : melalui undang – undang qisas
c] Aqal : melalui undang – undang arak dan minuman yang memabukkan
d] Keturunan : melalui undang – undang zina
e] Harta benda : melalui undang – undang curi dan rompak.

Maka tidak timbul isu hudud tidak menjaga kemashlatan umum, bahkan hukum hudud telah meliputi keseluruhan maqasid syariah yang telah disepakati oleh kebanyakan ulama.
Tidak sepatutnya mereka yang bukan ahli dalam bidang agama ini berbicara secara semberono dan mengatakan hudud tidak menjaga maqasid sepertimana yang disebut di dalam filem itu.
Seperti seorang hanya membaca buku berkenaan dengan kedoktoran, lalu terus menyatakan dirinya mampu membuat pembedahan. Mahu atau tidak, hanya orang yang berkelayakan sahaja boleh untuk membuat perkara tersebut. Sama juga dengan perundangan Islam, hanya orang yang ahli sahaja yang layak untuk berbicara tentang perkara ini, dan bukannya menjadi bahan bualan di meja kedai kopi.

Justeru itu, GAMIS sekali lagi mendesak setiap pihak yang berwajib perlu memainkan peranan dalam menangani isu ini. Apa yang jelas dilihat, kekeliruan terhadap hudud terlalu ketara sehinggakan disalahertikan oleh masyarakat dengan menganggap hudud itu milik sesebuah parti politik sahaja.
Kita perlu ingat, Allah yang menjadikan dunia ini dan seisinya, dan Allah juga menyediakan peraturan yang sepatutnya kepada kita. Sedangkan peraturan jalanraya juga kita akui akan kepentingan dan relevensi kewujudannya, apatah lagi Peraturan (hudud) Allah yang sepatutnya dilaksanakan demi kesejahteraan dan kemashlahatan di dunia dan Akhirat.

Semoga Allah mengampuni mereka yang jahil dalam perbuatan ini dan membawa mereka ke jalan yang benar, dan semoga Allah memberkati mereka yang terus menerus memperjuangkan untuk menegakkan kalimah Allah di dunia ini..