BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

GeRakan MusLiMat Adakah PerJuanGan FeMinism!!



Gerakan muslimat atau wanita jarang dilihat sebagai keperluan dan tuntutan pada masa dahulu. Cuma ianya muncul atas kesedaran dan kekuatan individu itu sendiri. Melihat keadaan dunia semasa kini, wanita Islam tidak boleh lagi berdiam diri, terperuk di rumah dan menguruskan hal ehwal rumah tangga dan dapur sahaja.Ini bukan bermaksud mengenepikan secara total tanggungjawab mendidik anak dan keluarga, tetapi sudut pandang wanita Islam kini perlu lebih luas dan bebas dari kepompong yang sedia ada. Cabaran dan anasir-anasir luar menuntut muslimat untuk bergabung dalam gerakan sebagai satu sinergi dalam masyarakat bagi menyuarakan sudut pandang yang digariskan dalam syarak.Sepintas lalu mungkin melihat gerakan wanita ini ala-ala perjuangan feminism. Kerana stigma masyarakat melihat wanita akan bersuara untuk memperjuangkan hak-hak mereka. Ini sangat salah. Gerakan muslimat atau wanita Islam bukan berorientasikan sepertimana yang diperjuangkan oleh golongan feminism ataupun kesamaan hak.

Apakah matlamat atau peri pentingnya muslimat dalam gerakan? Walhal dalam hadis nabi yang mafhumnya , “ Apakah jihad bagi seorang muslimah? Nabi menjawab menunaikan haji dan menguruskan hal ehwal rumah tangga.” Hadis ini diturunkan kerana ada sahabat muslimat yang datang kepada nabi atas dasar kecemburuan mereka terhadap muslimin yang mempunyai medan jihad yang nyata iaitu berperang di jalan Allah. Dalam hal qital/ siri peperangan, golongan wanita sememangnya tidak terlibat secara langsung. Melihat kepada hadis nabi ini, adakah muslimat tidak perlu turun ke medan? Berbalik kepada satu pandang sisi yang menjejak kepada reality pada hari ini, dengan gejala sosial,fahaman dan ideology yang songsang dari Islam dan pengaruh filem yang banyak elemen-elemen negative. Jadinya, dalam situasi begini, mampukah kita untuk menjaga ahli keluarga semata-mata walhal setiap segi anak dan keluarga kita diserang dan terdedah dengan pelbagai kegoncangan iman. Oleh itu, perjuangan dan suara wanita adalah diperlukan untuk memperbaiki dan mengharmonikan suasana rumah tangga dan masyarakat ; bukan yang memperjuangkan kesamarataan hak dan gender dengan kaum Adam.

“Sesungguhnya orang islam lelaki dan perempuan, dan orang yang beriman lelaki dan perempuan, dan orang yang taat lelaki dan perempuan dan orang lelaki serta orang perempuan yang benar dan orang lelaki dan perempuan yang sabar,dan orang lelaki dan perempuan yang khusyuk, dan orang lelaki dan perempuan yang bersedekah ,lelaki dan perempuan yang berpuasa dan lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatan mereka dan orang lelaki serta perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar” ( al-ahzab ;35). Jelas menunjukkan disini tuntutan dan peranan wanita dalam pentarbiyahan masyarakat sama sekali tidak boleh dinafikan dan sudah terang lagi bersuluh, wanita dan lelaki itu tidak perlu dibezakan amal perbuatannya. Cumanya ada sedikit perbezaan pada diri wanita yang menyebabkan wujudnya kekangan dalam mereka berkecimpung dalam medan masyarakat. “Antara fitnah yang terbesar adalah diri wanita itu sendiri.” Ya, wanita dan muslimat sangat terdedah dengan fitnah.
Ingin saya hujahkan sekali lagi apa perlunya muslimat turun kelapangan mendidik masyarakat. Tiada hukum yang qat’ie mengatakan wanita HARAM untuk turun ke masyarakat dan mengambil posisi jihad. Hukumnya adalah sekadar harus, jadi mengapa ruang keharusan ini tidak digunakan sebaiknya dalam tujuan amal islami. Kita tidak mahu keharusan syrak ini disalah tafsir dengan mendakwa keluar dari rumah semata-mata untuk bergosip dan sebagainya. Walau bagaimanapun perihal yang paling penting adalah untuk memohon keizinan suami dahulu untuk terlibat dalam gerak kerja aktivis ini.
Dalam gerak kerja amar makruf pastinya tempang apabila digerakkan oleh lelaki semata-mata kerana firman Allah dalam at-taubah: 71 berbunyi, “ Dan orang yang beriman lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya, mereka menyuruh berbuat baik dan melarang kejahatan dan mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat serta taat kepada Allah Maha Kuasa ,lagi Maha Bijaksana.” Oleh itu,salah anggap yang sering dilontarkan oleh pihak tertentu yang tidak faham mengenai duduk peranan wanita sebenar dalam masyarakat adalah salah. Cumanya perbincangan perlu lebih jelas apakah batas dan limitasi penglibatan wanita dalam gerak kerja dakwah dan jihad dan dalam masa yang sama tidak mengkesampingkan kewajipan dalam rumah tangga.

Mengapa mutakhir ini ianya menjadi tuntutan? Melihat kepada gerakan liberal, Sister in Islam dan persatuan-persatuan lain yang memperjuangkan hak kesamarataan wanita yang sangat hebat dilaungkan di Barat dan merebak ke Malaysia, maka tuntutan itu hadir. Adakah hendak dibiarkan sahaja laungan-laungan yang tidak berteraskan syariah yang sebenarnya ini mengelirukan ahli muslimat yang lain? Masalah institut kekeluargaan dan anak-anak yang mempunyai kepincangan akhlak, semuanya ini memerlukan sentuhan yang bersifat keibuan dan ianya memang sesuai dengan fitrah.
Andai dilihat dari soroton sejarah sekalipun, golongan yang menentang ajaran nabi juga datangnya dari golongan wanita seperti Ummu Jamil, Hindun bt Utbah yang menjadi penentang tegar. Bahkan seorang perempuan yahudi ,iaitu Zainab Bt Al-Harith telah meracun baginda selepas perang Khaibar. Pada zaman moden pula, pembantaian kepada umat Islam juga disumbangkan oleh wanita seperti Condolezza Rice dari AS dan Lipni dari Israel.

Secara kesimpulannya, muslimat perlu bijak mengimbangi tuntutan dalam urusan rumah tangga dan masyarakat yang kedua-duanya merupakan tuntutan amal islami. Dan muslimat juga perlu pandai membawa diri supaya tidak menjadi fitnah yang mungkin boleh menambah barah kepada masyarakat. Nilai keintelektualan, penuh dengan kelembutan dan kasih sayang dan suara ketegasan perlu menjadi jati diri kepada diri wanita sendiri. Semuanya ini perlu hadir atas dasar kesedaran terlebih dahulu. Mahasiswi diperingkat kampus yang jelas akan tuntutan dakwah ini perlu mempersiapkan diri berhadapan dengan seratus ribu ancaman dan ujian untuk membawa diri muslimat kedalam masyarakat.

~Al-Azhar Members : DaLaM SeJaRah~



Alhamdulillah..Tanggal 21 Disember 2011, tamatlah sudah kepimpinan Al-azhar Members pada sesi ini [2010/2011]..Rasa terharu pon ada..hehe=)Tahniah & syabas wa mabruk 'alaikum kepada semua saff kepimpinan sebarisan dgn ana kerana antum telah berjaya buat yang terbaik dan meletakkan jalan perjuangan kita tak lain tak bukan seiring dengan perjuangan islam..InsyaAllah..

ALAM pada sesi 2010/2011 telah merealisasikan tema "Mahasiswa IsLaM Memimpin Ummah" dengan menggariskan beberapa dasar seiring dengan kehedak islam iaitu :
1) Mengajak Mahasiswa Mengimarah Masjid Al-Azhar
2) Amar Ma'ruf Nahi Mungkar
3) Memperkukuhkan kesatuan hati antara ALAM dan Mahasiswa
4) Menyemai kesedaran dakwah islamiah dalam diri mahasiswa
5) Memperkasakan hubungan luar(jaringan kampus)..

Justeru, dengan adanya dasar-dasar diatas dapat mengukuhkan lagi kesatuan Alam dengan pelbagai pihak sehingga hari ini..Alhamdulillah, sekarang sudah tiba masanya peralihan kepimpinan lama kpd yang baru dipimpin oleh Sdr.Adik Amirul Hafiz bin Othman. Harapan ana, Moga antum dapat meneruskan perjuangan ini seiring dengan islam..Siiru 'ala barakatillah..
Wassalam..=)

HUDUD: SIAPA KITA UNTUK PERTIKAINYA?

Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang melibatkan ‘perang saraf’ dalam dunia politik. Kita mengambil sikap terbuka sekiranya ia melibatkan pertikaian dari sudut politik semata.
Namun apa yang menyedihkan, motif filem itu dikotori cacian dan makian kepada individu-individu tertentu dan secara terang menghina hukum-hakam Allah. Apa yang menyedihkan lagi, filem itu di’bintangi’ orang melayu beragama islam sendiri!
Isu ini bukan perkara yang boleh dipandang enteng. Jika ia hanya melibatkan pertembungan parti politik, itu ialah perkara yang normal. Namun, apabila ia melibatkan sensitiviti agama sehingga menghina hukum Allah secara terang, ia telah melanggar prinsip asas di dalam Islam.

Maka, GAMIS dengan tegas membantah perkara seperti ini daripada terus dipermainkan di media, lebih-lebih lagi melibatkan hukum dan hudud Allah.
Mengambil pendekatan berhikmah, GAMIS cuba tampil pada kali ini merespon beberapa perkara yang dibangkitkan di dalam filem pendek itu agar kita jelas dalam mengatakan kebenaran dan keadilan Islam dalam setiap sudut kehidupan.
Pertama: setiap muslim perlu mengetahui bahawa hudud bukan hasil pemikiran manusiawi yang hanya makhluk ciptaan Allah. Hudud merupakan undang-undang yang ditetapkan daripada Allah SWT yang Maha Pencipta seluruh alam dan seisinya.
Perkara ini jelas dinyatakan di dalam Al-Quran samada secara zhahir dan juga muhkam dilalah, yang mana ayatnya tidak membawa sebarang takwilan ataupun naskh, bahkan ia berada pada kedudukan paling tinggi dari sudut keterangan (declaration) di dalam Al-Quran.

Allah juga telah menegaskan di dalam Al-Quran melalui surah al-maidah ayat 49 mafhumnya:
“dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga – jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu.”
Hudud bukan sekadar hukum Allah swt yang telah ditetapkan secara tekstual di dalam al Quran dan kemudiannya dibuku dan dibekukan, tetapi ia suatu ketetapan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan ummat manusia sebagai proses keadilan untuk mengurus dan mengatur kehidupan ummah dari Tuhan pencipta manusia.

Kedua: Kita juga mengetahui, di dalam konteks masyarakat dan keperluan mengikut aulawiyyat sekarang, pelaksanaan hudud perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat, bahkan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi juga menegaskan terdapat beberapa yang membawa kemashlahatan umum perlu diutamakan sebelum menjalankan hudud secara total.
Namun, ia tidak bererti kita boleh memperkecil-kecilkan hukum hududyang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta, yang mengetahui setiap sesuatu sehinggakan bilangan daun yang gugur di tanah sekalipun sudah ada di dalam PengetahuanNya.
Penegasan Allah nyata di dalam Al-Quran surah an-nisa ayat 56:
“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Sepakat ulama’ mengatakan, mempermainkan hukum-hakam Allah samada secara sedar atau tidak, dengan memperkecilkan atau mengatakan hukum Allah tidak relevan pada masa sekarang, boleh mengugurkan iman seseorang.
Allah juga telah menegaskan di dalam ayat 41 surah al-a’raf:
“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah dan ketetapan) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga lah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah.”

Ketiga : Keadilan hukum Allah yang bersifat sacral (maksum) tidak dapat disanggah dengan akal pemikiran manusia yang dangkal. Keadilan itu bukan pada penyamarataan seperti yang didakwa di dalam filem pendek itu, kerana keadilan itu ialah meletakkan setiap perkara pada tempatnya.
Jika dilihat secara ringkas, setiap hukum hudud itu merangkumi Maqasid Syariah yang disepakati oleh jumhur fuqaha dahulu dan sekarang, iaitu menjaga lima perkara asas:

a] Agama : melalui undang – undang murtad
b] Nyawa : melalui undang – undang qisas
c] Aqal : melalui undang – undang arak dan minuman yang memabukkan
d] Keturunan : melalui undang – undang zina
e] Harta benda : melalui undang – undang curi dan rompak.

Maka tidak timbul isu hudud tidak menjaga kemashlatan umum, bahkan hukum hudud telah meliputi keseluruhan maqasid syariah yang telah disepakati oleh kebanyakan ulama.
Tidak sepatutnya mereka yang bukan ahli dalam bidang agama ini berbicara secara semberono dan mengatakan hudud tidak menjaga maqasid sepertimana yang disebut di dalam filem itu.
Seperti seorang hanya membaca buku berkenaan dengan kedoktoran, lalu terus menyatakan dirinya mampu membuat pembedahan. Mahu atau tidak, hanya orang yang berkelayakan sahaja boleh untuk membuat perkara tersebut. Sama juga dengan perundangan Islam, hanya orang yang ahli sahaja yang layak untuk berbicara tentang perkara ini, dan bukannya menjadi bahan bualan di meja kedai kopi.

Justeru itu, GAMIS sekali lagi mendesak setiap pihak yang berwajib perlu memainkan peranan dalam menangani isu ini. Apa yang jelas dilihat, kekeliruan terhadap hudud terlalu ketara sehinggakan disalahertikan oleh masyarakat dengan menganggap hudud itu milik sesebuah parti politik sahaja.
Kita perlu ingat, Allah yang menjadikan dunia ini dan seisinya, dan Allah juga menyediakan peraturan yang sepatutnya kepada kita. Sedangkan peraturan jalanraya juga kita akui akan kepentingan dan relevensi kewujudannya, apatah lagi Peraturan (hudud) Allah yang sepatutnya dilaksanakan demi kesejahteraan dan kemashlahatan di dunia dan Akhirat.

Semoga Allah mengampuni mereka yang jahil dalam perbuatan ini dan membawa mereka ke jalan yang benar, dan semoga Allah memberkati mereka yang terus menerus memperjuangkan untuk menegakkan kalimah Allah di dunia ini..

~Kenangan Di KLIA~

Tanggal 24hb Sept 2011,Jam 9.30 malam....
Perginya salah seorang drp ahli keluargaku..Adikku "SITI NAJWANI ZAKARIA" telah berpeluang mnyambung studynya di University of Cairo,Egypt dalam bidang Perubatan(MEDIC)..Ermm..6 tahun"nmpaknya lambat lagila nk berjumpa ye=)


"berat nk berpisah ni..hehe"

"Xckup kuroum lg..."

"Blajar rajin2 ye dik"

Mga Allah permudahkan segala urusanmu disana dan Mendapat najah bahiran=)
InsyaAllah...
Caiyok..chaiyok!!!

~ JauLaH Raya 2011~

Assalamua’alaikum w.r.t…
Sekadar perkongsian kpd smua pngunjung di blog ini..
Kronologi Raya 2011..Sgt besttt=)

Hari Raya Pertama

Terdengar laungan Takbir raya di subuh nan indah, diriku teringat kpd tok, tokwan, saudara mara yg sudah kembali ke rahmatullah. Moga Allah menempatkan jenazah mereka bersama golongan org2 beriman..Selepas selesai solat sunat ‘eidil fitri org ramai berduyun2 menuju ke pusara tokwan & tok tersayang (Tuan Guru hj.Abdul Rahman bin Hj Awang & Hajjah Sopiah binti Yaacob)..Ya Allah..Rahmatillah roh mereka di sisimu…
Slps itu..org ramai mnuju kerumahku, mcm biasa stiap tahun rumahku adlh rumah first org pergi beraya..smpai xtau nk hidang apa..hehe.. Ketupat, kuih raya n bihun goreng mnjadi hidangan utama pda hari tersebut..sedar xsedar dh abis smua makanan..huhu..t’pksala masak kali ke-2..

Hari Raya Kedua

Hari yg ke-2 ini, aku mnerima pngunjung yg sgt ramai, menu pd hari ni Laksa Kuah LeMak..fuhh..mmg sedapp=) patutla ramai. Shbt2 sekolah lama (Maktab Mahmud) pakai mai xhenti2..rindunya kenangan lalu. Km sempat berusrah bersama pd hr tu. Msg2 pakat kongsi khidupan sndri.Dari pagi sampai petang, letih melayan. Apapon merekalah buat aku gembira pd hari ini..Terima kasih kpd smua shbt2 n adk2 yg hadir, len kali mai lg ya=)



Hari Raya Ketiga

Haa..hari yg ke-3 ni lg best..dapat jemputan ke Ijtima’ Aidilfitri Mahasiswa kedah di SRIDU..Berhajat nk p, ttp yela kan, kita hnya merancang segalanya perancangan Allah itu lbih baik..kebetulan hari tu bertembung dgn kenduri di rumah adk-beradikku dkt Sg.dedap,Yan. Tp, xpa makan knduri pon best jugak..hehe..Maaf kpd shbt2 kerna xsempat jumpa di ijtima’..huhu


~kenangan satay RFC~Sedaaappp=)~

Hari Raya Keempat

Sblum ni aku ja dok umah tggu org mai..haa, hr ni aku plk p beraya umah org. Pagi tu bersiap ke rumah sahabat yang akan fly ke Jordan xlama lg (Nurul Awatif Fasihah)..Kunjungan pimpinan anak-anak kedah kerumahnya disambut dgn mesra, Km dihidangkan bihun sup n air oren..fuhh..mmg sedap=)





Dalam masa yg sama, km buat sedikit pengisian khas utk 2 org shbt anak2 kedah yg akan ke luar Negara iaitu (Sdr.Fakhrur Ridzwan & Sdr.Awatif). Mereka juga diberi satu hadiah kenangan buat selama2nya. Moga Allah memberkati urusan mereka di sana & sentiasa mendoakan km di sini.


~PiMpinan Sesi 2010/2011~

Pada sebelah ptg pulak, aku mnerima jmputan Jamuan Raya Alumni Maktab Mahmud di Markaz Langgar. Terubat rindu kpd shbt2 yg lama tidak ketemu. Ada yg dah kahwin, beranak-pinak, masih belajar n sebagainya..Selepas selesai Jamuan tersebuat, aku n bberapa org shbt pergi ziarah ke rumah shbt yg excident baru2 ni (Kak Mardhiah Shafi’e), layanan mesra disambut oleh beliau.


~Bersama Shbt2 Ma'ahad~


~Adik2 Usrahku~

Ok..Sampai disini dulu kronologi raya saya tahun ini, ada lg sbnrnya dh xlarat nk taip..hehe
Mga semuanya menjadi kenangan buat diriku n shbt2 seperjuangan..
Siiru 'ala Barakatillah=)

!!JeNaYah AkaDeMik**Aktivis DakWah!!

SeKadar Perkongsian bersama=)

"..InsyaAllah kalau kita bersusah payah dengan dakwah dan tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita..,"kata seorang Exco dakwah di sebuah kampus..

((kata-katanya itu sedap didengar,tetapi realitinya separuh batil separuh benar))



Dahulu saya pernah membaca majalah sebuah ahli gerakan dakwah tang kini sudah diharamkan. Ada sebuah artikel yang menceritakan bagaimana seorang siswi yang aktif berdakwah hingga tidak sempat membuat persiapan untuk peperiksaannya, telah bertawassul dengan nama mursyid jemaah belia, lalu tertidur di dewan peperiksaan.Sebaik sahaja terjga,kertas peperiksaannyasudah penuh dengan jawapan dan beliau mendapat keputusan yang cemerlang!

Itu kalau versi"hikayat menjadi"
Bagi yang tidak menjadi,pernah ada suatu era, ada aktivis dakwah yang menganggap kesanggupan menggagalkan diri daripada pengajian atas nama dakwah adalah satu pengorbanan yang ditabik rakan sepasukan.Kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita..mudah saja sifirnya..



Namun hari ini, contoh begitu mungkin sudah tidak sebegitu biasa kita dengar.Perbuatan membuang pengajian atau pekerjaan kerana berdakwah sudah jarang-jarang sekali sampai ke telinga kita.Akan tetapi, sikap yang berlegar dalam mind set yang sama itu masih sering dilihat dalam catatan aktivis dakwah di kampus hgga ke hari ni..

Apakah golongan yang kecundang akademik hanya dr kelompok dakwah??

Tentu sahaja tidak..
Mereka yg lemah dalam bidang pengajian atau mungkin terus gagal,terdiri daripada mereka yang pelbagai identitinya,Mungkin yang mabuk bercinta, mungkin yang kaki gig, hantu facebook, mungkin yang tiada sebab apa-apa sekali pun.Punca kemunduran akademik memang pelbagai.Tetapi, apa ingin diperbahaskan kali ini adalah soal hubung kait aktiviti dakwah dengan kuliah.Kegagalan peribadi yang sepatutnya kekal di peringkat peribadi, ttp berisiko dan menjadi fitnah ke atas agama!!


kenangan program di rumah teacher yanty

Tidak dinafikan,sama sahaja pelajar di bidabg sains,undabg-undang atau apa jua,boleh saja terjadi.Penyakit hilang minat dan keghairahan t'hadap mata pelajaran di bilik kul;iah sering berlaku.Dakwah menjadi tempat mahasiswa dan mahasiswi ini menenangkan diri dari tekanan,kebosanan dan segala perasaan negatif yang dialami semasa menghadiri kuliah,tutorial dan menyiapkan assignment.Segala perasaan tidak seronok lagi merimaskan itu dapat dilupakan seketika semasa hadir ke dalam usrah,tamrin,ceramah,malah demonstrasi.Bukan sahaja program dakwah harakiyyah, malah sebahagian pelajar yang lebih konsisten dan hadir dan hadir dengan penuh minat ke kelas-kelas menadah kitab dan pengajian tidak formal..



khusyuknya..ustazah nii!!

FIRST OF ALL SAHABAT2 KITA SEBAGAI ORG PENTING DALAM GERAKAN DAKWAH,MESTI UBH SIKAP DRP MALAS KPD RAJIN… KITA KENA SEDAR SYEIKH IMAM HASSAN AL BANNA PERNH PESAN “ALWAJIBAT AKTHAR MINAL AUQAAT’….SOAL KMUNDURAN AKADEMIK BKNNYA DISEBABKAN AHLI J KURANGNYA MASA UTK STUDY... KITA TETAP ADA 24HOURS PER A DAY SAMA MACM ORANG LAIN…CUMA SOALNYA SEKRANG MCM MNA KITA NAK MANAGE 24 HOURS TU SUPAYA JADI MASA Y BENAR2 BERKUALITI…KADANG2 ORG Y STUDY HNYA 4 JAM SHJA DAH BLEH CATCH UP BRBANDING Y STUDY ALMOST 24 HOURS PER A DAY…NI BERKAITAN DGAN HATI LA…SEJAUH MANA KITA BERGANTUNG N MINTA PERTOLONGAN DRP ALLAH SUPAYA PERMUDAHKAN URUSAN KITA DI SAMPING TU.. USAHA YANG GIGIH PERLU ADA SEIRING DGN DOA…




HA…1 LG,KITA NI KAN SUKA MENYALAH GUNAKAN AYAT KE-7 SURAH MUHAMMAD…”MAFHUMNYA: ALLAH AKN MENOLONG KITA KLU KITA MNOLONG AGAMA ALLAH…MEMANG BETUL ALLAH AKAN TOLONG KITA TAPI KITA KENA INGAT ALLAH JGK ADA BERFIRAMAN MAFHUMNYA.. “ALLAH TDK AKN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN KITA SENDIRI YG MENGUBAHNYA..”
KLU ESOK NAK XM MALAM NI BRU NAK BUKAK BUKU…MMM KEAJAIBAN2 PAYAH NAK TERJADI DIK, 1000 DLM 1 LA KOT…

SAMA2 LAH KITA RENUNGKAN N MELAKUKAN PERUBAHAN YANG MEMBINA JIKALAU KITA BENAR2 SAYANG ISLAM!!

JOM TENGOK GAMBAR LAK...HUHU!!


sedapnya...makan!!



susahnya soalan nii!!(explorace)


Alhamdulillah..smpai jgk checkpoint last!!

Sampai disini sahaja..bertemu kmbali di post seterusnya..tu pun kalau rajin update..hehe

@uwaisaljundi@

!! TarBiyyah SaTu Proses PeNgaLaMan !!

LuaHan HaTiku..

* Kesibukan dan tanggungjawab perjuangan sering didahulukan dari yang lain. Namun kesibukan dan tanggungjawab perjuangan bukan masalah. Kedua-duanya adalah proses pengalaman yang sering mematangkan diri. Bagaimana menghadapinya. .& bagaimana mengendalikannya.

* Ada orang yang sentiasa menggunakan kesibukan sebagai alasan. Alasan tidak dapat datang majlis-majlis pengajian..tidak dapat datang usrah..tidak dapat datang mesyuarat..dan macam-macam lagi.

* Ada juga kerana kesibukan jadi alasan tidak dapat beramal..solat tidak berjamaah..tinggal zikir ma'thurat..tidak ada masa untuk Al Quran...juga tidak dapat dapat bangun malam bertahajjud. Tambah lagi ada juga buat alasan kerana tanggungjawab perjuangan ..terabai langsung amal-amal fardi.

* Justeru..tarbiyyah bukan semata-mata fikrah. Tarbiyyah bukan semata-mata kekuatan hujjah. Tarbiyyah bukan semata-mata ilmiyyah...namun ianya adalah proses perubahan melalui pengalaman beramal dengan ilmu..berpegang dengan fikrah..juga pengalaman mengendalikan diri dalam berhadapan arus kehidupan yang penuh dengan kesibukan dan tanggungjawab perjuangan.. .

* Tarbiyyah adalah satu proses merasai pengalaman.. bagaimana rasanya berpegang teguh dengan Islam sebagai cara hidup..bagaimana rasanya bila beramal dan merasai lazat beramal..bagaimana rasanya bila berjuang dan merasai pahit getir perjuangan.. .bagaimana rasanya susah payah perjuangan dan bersabar dalam bersusah payah.

* Oleh itu ..jika pernah rasa senang maka kena rasa juga susah..jika pernah rasa menang maka kena rasa juga kalah..jika pernah rasa kuat maka kena rasa juga lemah. semua itu memberi pengalaman merasai sunnah dan realiti perjuangan. Barulah seorang pejuang itu menjadi matang dalam tarbiyyahnya. ..


Firman Allah Azza wa Jalla :



أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأسأ والضرأ وزلزلوا

حتى يقول الرسول والذين معه متى نصرالله ألآ ان نصرالله قريب


"Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga sedangkan belum lagi datang kepadamu apa yang telah mengenai orang-orang yang terdahulu dari kamu; mereka dirasakan dengan kesakitan dan kepapaan dan digoncangkan (pegangan) mereka sehingga berkata oleh rasul dan orang-orang yang bersamanya `Bilakah lagi datang pertolongan Allah' Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir".

---Al Baqarah : 214---




** Oleh itu ya sohabati...kukuhkanlah amalan kalian..terjunlah ke medan perjuangan.. nescaya kalian bakal menjadi pejuang aqidah dan fikrah yang sebenar ..menjadi pencinta mati syahid demi syurga Allah yang tinggi..wallahualam ..

@uwaisaljundi@

TARBIYYAH PERLU DIRASAI DAN DIALAMI