LuaHan HaTiku..
* Kesibukan dan tanggungjawab perjuangan sering didahulukan dari yang lain. Namun kesibukan dan tanggungjawab perjuangan bukan masalah. Kedua-duanya adalah proses pengalaman yang sering mematangkan diri. Bagaimana menghadapinya. .& bagaimana mengendalikannya.
* Ada orang yang sentiasa menggunakan kesibukan sebagai alasan. Alasan tidak dapat datang majlis-majlis pengajian..tidak dapat datang usrah..tidak dapat datang mesyuarat..dan macam-macam lagi.
* Ada juga kerana kesibukan jadi alasan tidak dapat beramal..solat tidak berjamaah..tinggal zikir ma'thurat..tidak ada masa untuk Al Quran...juga tidak dapat dapat bangun malam bertahajjud. Tambah lagi ada juga buat alasan kerana tanggungjawab perjuangan ..terabai langsung amal-amal fardi.
* Justeru..tarbiyyah bukan semata-mata fikrah. Tarbiyyah bukan semata-mata kekuatan hujjah. Tarbiyyah bukan semata-mata ilmiyyah...namun ianya adalah proses perubahan melalui pengalaman beramal dengan ilmu..berpegang dengan fikrah..juga pengalaman mengendalikan diri dalam berhadapan arus kehidupan yang penuh dengan kesibukan dan tanggungjawab perjuangan.. .
* Tarbiyyah adalah satu proses merasai pengalaman.. bagaimana rasanya berpegang teguh dengan Islam sebagai cara hidup..bagaimana rasanya bila beramal dan merasai lazat beramal..bagaimana rasanya bila berjuang dan merasai pahit getir perjuangan.. .bagaimana rasanya susah payah perjuangan dan bersabar dalam bersusah payah.
* Oleh itu ..jika pernah rasa senang maka kena rasa juga susah..jika pernah rasa menang maka kena rasa juga kalah..jika pernah rasa kuat maka kena rasa juga lemah. semua itu memberi pengalaman merasai sunnah dan realiti perjuangan. Barulah seorang pejuang itu menjadi matang dalam tarbiyyahnya. ..
Firman Allah Azza wa Jalla :
أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأسأ والضرأ وزلزلوا
حتى يقول الرسول والذين معه متى نصرالله ألآ ان نصرالله قريب
"Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga sedangkan belum lagi datang kepadamu apa yang telah mengenai orang-orang yang terdahulu dari kamu; mereka dirasakan dengan kesakitan dan kepapaan dan digoncangkan (pegangan) mereka sehingga berkata oleh rasul dan orang-orang yang bersamanya `Bilakah lagi datang pertolongan Allah' Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir".
---Al Baqarah : 214---
** Oleh itu ya sohabati...kukuhkanlah amalan kalian..terjunlah ke medan perjuangan.. nescaya kalian bakal menjadi pejuang aqidah dan fikrah yang sebenar ..menjadi pencinta mati syahid demi syurga Allah yang tinggi..wallahualam ..
@uwaisaljundi@
TARBIYYAH PERLU DIRASAI DAN DIALAMI
!! TarBiyyah SaTu Proses PeNgaLaMan !!
!!DemonsTrasi IsLam vs KapiTalis&SosioLis!!
Islam meletakkan demonstrasi aman sebagai uslub untuk menjelaskan aspirasi dan pendapat. Kedudukan ini amat berbeza sekali dengan pandangan masyarakat Kapitalis atau Sosialis (termasuk di dalamnya komunis) yang menganggap demonstrasi (samada aman atau liar) sebagai salah satu thariqah dalam melakukan perubahan masyarakat. Bagi masyarakat kufur ini, demonstrasi adalah sebagai proses perubahan masyarakat ke arah yang mereka inginkan. Oleh kerana itu, mereka tidak ada peraturan di dalam melakukan demonstrasi. Banyak sekali kejadian di mana mereka sering menimbulkan ketidaktenraman, merosak, menghancurkan, membakar harta benda dan lain-lain bentuk kemusnahan demi mencapai matlamat dan objektif mereka. Bukti-bukti kepada perkara ini amat jelas dan banyak sekali di mana kita dapat lihat hampir setiap hari di kaca TV mahupun di dada-dada akhbar tentang demonstrasi liar yang dilakukan oleh kaum kafir ini di dalam menuntut apa yang mereka inginkan.
Berlandaskan kepimpinan berfikir (qiyadah fikriyyah) seperti inilah, masyarakat kufur samada Kapitalis atau Sosialis membangun cara hidup mereka. Berasaskan idea ‘kebebasan’, mereka merasa berhak melakukan apa sahaja untuk menunjukkan rasa tidak puas hati. Dengan kata lain, kaedah yang mereka gunakan semasa berdemonstrasi ialah ‘matlamat menghalalkan segala cara’. Islam tidak mengenal konsep kebebasan sebagaimana yang dijaja oleh kafir Barat. Umat islam bukanlah satu umat yang ‘bebas’. Umat islam adalah umat yang ‘terikat’ dengan segala perintah dan larangan Allah. Kaum Muslimin adalah terikat dengan segala hokum-hakam, halal dan haram, baik dan buruk hanyalah semata-mata mengikut apa yang Allah telah tetapkan.Sebagaimana yang telah di jelaskan, demonstrasi liar seperti yang dilakukan oleh golongan Kapitalis atau Sosialis adalah diharamkan di dalam islam. Islam mengharamkan menumpah darah sesama manusia kecuali dengan hak. Kehormatan setiap orang haram dicabuli atau dirampas oleh orang lain. Syariat Islam menjaga ketiga-tiga perkara tersebut dengan sempurna. Mana-mana individu atau pemerintah yang melakukan pencerobohan terhadap tiga perkara ini akan dikenakan hukuman sebagaimana yang telah ditetapkan oleh allah dan Rasul-Nya.Islam tidak mengenal prinsip dan kaedah ‘matlamat menghalalkan cara’ (al-ghaayah tubarriru al-wasilah), sebagaimana yang dianuti oleh masyarakat Kapitalis atau Sosialis. Tindak-tanduk seorang muslim samada sebagai individu atau sebahagian dari angggota masyarakat ataupun sebagai penguasa wajib terikat dengan syariat islam. Di dalam mengungkap aspirasi atau pendapat dengan cara berdemonstrasi mahupun dalam melakukan proses perubahan masyarakat, kaum muslimin terikat dengan apa yang Rasulullah telah tunjukkan. Demonstrasi mestilah dilakukan dengan cara yang aman.
Khatimah:-
Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan oleh Allah!! Merubah kemungkaran itu adalah hak dan tanggungjawab kalian,baik kemungkaran itu dilakukan oleh individu atau pemerintah. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda," Barangsiapa yang menyaksikan kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu, hendaklah dengan lidahnya(perkataan), jika tidak mampu dengan qalbunya. Itu(dengan qalbu) adalah selemah-lemah iman.."[HR Muslim]..
Mana-mana Masiirah yang dilakukan oleh kaum muslimin di dalam mengubah kemungkaran adalah hal yang dituntut dan sememangnya sesuatu yang mulia.Tidak lama dahulu kaum muslimin diseluruh dunia termasuklah di Malaysia melakukan Masiirah sebagai bantahan ke atas karikatur yang menghina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Parti Islam SeMalaysia (PAS) beserta beberapa pertubuhan Islam lainnya dan umat islam yang prihatin telah sama-sama bermasiirah membantah penghinaan yang telah dilakukan itu. Hizbut Tahrir Malaysia juga turut melakukan seruan di Masjid Negara mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan yang telah dilakukan ke atas Rasulullah dan mengajak umat islam agar bersama-sama mendirikan semula Daulah Khilafah yang hanya dengannya akan ‘mengajar’ dan menghukum kebiadaban kaum kuffar tersebut. Oleh itu, tindakan-tindakan seumpama ini dan juga bantahan ke atas forum Perlembagaan Persekutuan : Perlindungan Untuk Semua’ di depan Hotel Cititel, Pulau Pinang patut dipuji, bukannya dikeji. Adakah kita sanggup untuk menyatakan bahawa kaum Muslimin yang bermasiirah demi membela Rasulullah, demi membela Deen Allah dari diperlecehkan oleh kaum kaum kuffar sebagai satu tindakan yang salah dan bodoh??
Betapa mulianya aktiviti amar ma’ruf nahi munkar ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam sabda baginda. Bahkan pahala aktiviti seumpama ini boleh sebanding dengan pahala penghulu syuhada, iaitu Hamzah bin Abdul Mutthalib,"Penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthalib dan orang yang berhadapan dengan pemerintah yang zalim, lalu dia mengingatkan penguasa tersebut (kepada kemakrufan) dan melarangnya (dari kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya." [HR.Al-Hakim]
Wahai Kaum Muslimin!! Menasihati dan memuhasabah pemimpin, institusi, organisasi, kelompok atau komuniti tertentu serta mengkritik dasar dan keputusannya yang zalim, termasuk membongkar kemungkaran atau konspirasi jahat terhadap islam dan kaum Muslimin hukumnya adalah wajib meskipun caranya boleh beragam; boleh dilakukan secara langsung bertemu face to face; atau melalui tulisan, surat, seminar, demonstrasi aman dan lain-lain. Melakukan perkara-perkara tersebut dengan cara yang dibenarkan oleh syara’ samada secara langsung mahupun tidak, adalah jelas lebih mulia berbanding dengan tidak melakukan apa-apa, apatah lagi dari mengeji dan menghina orang lain yang melakukannya.
Wahai Kaum Muslimin!! Kalian adalah wakil rakyat yang telah dipilih untuk memimpin umat ini, bukan menyesatkannya. Kalian adalah orang yang diperintahkan oleh Rasulullah untuk menjadi pelindung kaum muslimin bukan membinasakannya. Kalian adalah orang yang diamanahkan oleh Allah untuk menjaga agamaNya, bukan menghancurkannya. Umat islam mengharapkan kalian mengembalikan semula kehidupan islam, mengembalikan sistem islam, menerapkan apa yang telah diperintahkan oleh Allah, menegakkan semula Daulah Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah. Jika kalian tidak melakukannya, kaum Muslimin yang benar-benar ikhlas berjuang di jalan Allah akan tetap melakukannya. Jika kalian tidak melakukannya, kaum Muslimin yang benar-benar ikhlas berjuang di jalan Allah akan tetap melakukannya. Sesungguhnya balasan Allah akan pasti tiba lagi mereka-mereka yang ingkar akan perintahNya. Itulah janji Allah dan janji Allah adalah suatu kebenaran yang pasti!!
Takbirrr!!!الله أكبر
Wallahu’alam…
!!DeMonsTrasi!!
@Hukum Demonstrasi Menurut Islam@
Demonstrasi liar (Muzhaharah) jelas-jelas diharamkan oleh islam. Ini kerana, di dalam melakukan demonstrasi, ia disertai dengan beberapa aktiviti yang diharamkan seperti mengganggu lalu-lintas, menghancurkan, merosak atau membakar harta benda, mengganggu ketenteraman awam dan sejenisnya.Tidak kurang pula, Muzhaharah ini mengakibatkan rusuhan, pergaduhan, perkelahian, penganiayaan, bahkan pembunuhan. Pengharamannya didasarkan pada fakta bahawa di dalam demonstrasi ini terdapat sejumlah tindakan yang diharamkan oleh islam.
Sementara itu, Demonstrasi Aman (Masiirah) adalah satu bentuk demonstrasi yang dibolehkan / diharuskan (mubah). Ini berdasarkan kenyataan bahawa ia dilakukan dengan tertib dan aman, dengan diperhatikan dan mematuhi hokum-hukum syara’, termasuk berkaitan dengan pendapat atau aspirasi yang disampaikan ; ia dilakukan tanpa kekerasan, tidak mengganggu lalu-lintas dan hak-hak umum, tidak membakar, merosak dan menghancurkan barang-barang milik umum, negara atau individu. Oleh yang demikian, Masiirah ini jelas-jelas diperbolehkan oleh islam.
Perlu difahami bahawa Islam memandang Masiirah sebagai salah satu cara(uslub) di antara berbagai cara pengungkapan aspirasi atau pendapat dan bukan sebagai method (thariqah) di dalam melakukan proses perubahan masyarakat. [Method / Thariqah adalah suatu yang wajib diambil oleh umat islam di dalam mencontohi Rasulullah. Contohnya, thariqah Rasulullah berdakwah secara aman dan tidak menggunakan kekerasan di dalam menegakkan Daulah Islam. Sedangkan Uslub. Apabila keadaan memerlukan, Masiirah boleh dan patut dilakukan dan sebaliknya jika tidak, patut ditinggalkan.Hal ini sesuai dengan hukum kemubahannya.
Jika kita teliti sirah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda tidak pernah menjadikan dan menggunakan demonstrasi aman sebagai thariqah mengubah masyarakat jahiliyyah di kota makkah menjadi masyarakat islam. Namun begitu, baginda pernah melakukan demonstrasi aman di kota makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam diperintahkan oleh Allah S.W.T supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju ke ka’bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengambil satu cara yang tidak pernah dilakukan yang tidak pernah dilakukan oleh masyarakat jahiliyyah pada ketika itu di dalam rangka menjalankan perintah Allah yakni menzahirkan islam dengan berdakwah secara terang-terangan. Masiirah ini juga dilakukan oleh baginda untuk menzahirkan kutlah (kelompok) kaum Muslimin yang selama ini telah ditasqif (dibina) oleh baginda secara sembunyi-sembunyi khasnya di rumah Al-Arqam ibnu Al-Arqam.
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga pernah menghimpunkan kaum Quraish di Bukit Safa untuk menyeru kepada mereka supaya beriman kepada Allah dan menjelaskan bahawa baginda adalah Rasul yang diutus Allah kepada manusia. Peristiwa ini sangat terkenal di dalam sirah kerana ia telah menjadi asbab kepada turunnya Surah Al-Lahab di mana Allah telah melaknat Abu Lahab. Perbuatan Rasulullah di dalam menghimpunkan kaum Quraish tadi sememangnya telah dikeji dan diperbodohkan oleh Abu Lahab, dengan berkata "Celakalah engkau wahai Muhammad, adakah semata-mata kerana ini engkau telah menghimpunkan kami?". Inilah kata-kata yang telah menyebabkan Allah S.W.T melaknat Abu Lahab. Wahai kaum Muslimin!! Adakah kita sanggup untuk mengatakan bahawa semua tindakan Rasulullah dalam berdemonstrasi secara aman itu sebagai suatu tindakan bodoh, sebagaimana Abu Lahab??Na’uzubillai min zaalik..
Demikianlah perbuatan-perbuatan yang telah dilakukan oleh Rasulullah yang menjadi petunjuk yang jelas kepada kita bahawa Masiirah dibenarkan oleh islam. Peristiwa ini merupakan dalil kepada kita bahawa kaum muslimin dibolehkan menghimpun umat manusia (samada dalam bentuk forum, seminar, Masiirah dan sebagainya) dalam rangka untuk menegakkan Deen Allah..
InsyaAllah!!
Sekadar Perkongsian Bersama=)
!!!Cinta kita Cinta PerjuanGan!!!
Hasil karya: ahmadfadhli oleh : ahmadfadhli, 1 Oktober 2002)
“Enti menangis..?” “Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”“Habis, mata enti berair?” “Mata ana masuk habuk.
Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum. Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.“Ana tahu enti menangis..” “Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak. “Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..” “Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlaku fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…” “Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?” “Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..” “Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku. “Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..”
Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh? *** “Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya. “Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak. “Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan
Z Zdemokrasi.
Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?” Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini. “Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melalui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!”
“Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?” “Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.” “Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian. ***“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.
“Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!” Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki. “Jawab soalan aku dulu..” “Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya. “Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua. “Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!” “Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.
“Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… “ “Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.” “Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya. ‘Lagi.. negatifnya?” “Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung, “Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.” “Apa dia..? Negatifkah.” “Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.” “Gerakan militankah?” “Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!” “Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?” “Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!” “Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah. “Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”
***Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku? “Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?” “Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.?” “Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal. “Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi anbiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu. “Ustaz tidak main-mainkan ana?” “Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.” “Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.
***Sudah lima bulan aku di bumi anbiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya.. “Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung, “Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..” Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku. Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Cyber Café yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku, “SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’ Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : “you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.
“Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan diysaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!” Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas, “Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!” Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita! - TAMAT –
Inilah cinta kita...cinta mereka yang inginkan cinta Allah..cinta yang tida taranya..cinta yang mengatasi segala apa di dunia..cinta syahid yang membara..cinta bertemu di syurgaNya...inikah cinta kita?...tepuk selera tanya iman di dada..
_uwaisaljundi_
@TinTa TarBaWi@
Pemandangan yg tenang(bumi tarbiyahku)Mendapat keredhaan Allah Subhanahuwata’ala adalah matlamat sebenar seseorang hamba.
Manakala faktor-faktor yang memberikan hiburan dan kelapangan dalam hidup kita ialah :
Ilmu pula bukanlah sebarang ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu yang diwarisi oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Ilmu yang berfaedah. Orang yang memiliki ilmu adalah orang yang paling tenang hatinya, paling baik akhlaknya dan paling bahagia hidupnya..
Dalam satu sabda Rasulullah sallahualaihiwassalam menerangkan bahawa diantara sifat orang yang merasai kemanisan iman ialah,”….Dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci di campakkan kedalam neraka…”
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sebagai contoh :
Roh atau hati yang merasai bahagia
Oleh : Abu Muhammad -Ulasan berdasarkan kitab Zaadul Ma’ad (Ibnul Qaiyyim)
!!BiCara HaTi SaNg PeJuaNg!!
Perjuangan ini …
Sesungguhnya perit untuk diredah pahit untuk ditelan
seringkali menduga iman
menuntut kesabaran
namun hatiku, ikhlaslah...redholah
walau diri ini selalu menderita
walau diri ini selalu terkorban
kerana kita yakin dengan janji2 ALLAH
"sesiapa yang menolong agama ALLAH, nescaya ALLAH
akan menolongnya dan menetapkan kedudukannya"
bahawa manisnya perjuangan ini
akan kecapi di dunia abadi nanti….
Pada penghujung pertemuan ini
kita singkap kembali lembaran
hari2 semalam
kenangan mengajar erti kesabaran
detik pertemuan kita adalah
saat bermulanya khittah
Perjuangan ini….
betapa sucinya perjuangan hingga
menemukan kita di atas titian ukhwah
betapa kudusnya pertemuan
hingga membuahkan kasih sayang
antara kita saling memberi dan menerima
bersama mengejar maghrifah dan
Redho Illahi
menggapai CINTA KASIH RABBUL ‘IZZATI
Andainya pertemuan berakhir disini
ingatlah sahabat2ku..bahawa ukhwah
fillah takkan mati
dan perjuangan ini akan terus dilestari
walau sesiapapun kita
di mana sahaja kita berada
Deenul Islam tetap akan dibela
dan kita PAStikan suatu hari nanti
dunia ini adalah milik kita
milik perjuangan yang suci ini
milik ISLAM yang abadi..selamanya..
Ingatlah wahai mata rantai perjuangan ISLAM!!!
Apabila diri anda telah disenaraikan dalam
Soff perjuangan,
Maka tabiat generasi ini mesti berbeza dari
Tabiat generasi umm,
Sahsiah mesti ditngkatkan
Akhlak mesti di jaga
Fikrah mesti semakin jelas
Daya fikir mesti semakin matang
Nilai ucapan & kata2 biarlah berharga
Pandangan mestilah bernas
Kesungguhan bekerja & merancang mestilah semakain tinggi
Tabiat buruk mestilah dibuang
Sumbangan mestilah semakin bertambah
Muhasabah diri sendiri jangan di alpakan….
Teruskan perjuangan sahabat2ku..
Selamat Beramal walaupun sedikit….

P/s :Buat shbt2 batch Spm’07@ Gen’11 dan Adk2 ma’ahad yang sentiasa diingati…
Selamat Berjuang For all!!!
عليكم باالنجاح!!!
Dicatat oleh uwaisaljundi di 10:09 PM 0 ulasan
Label: kalam sufi
