BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

!!DemonsTrasi IsLam vs KapiTalis&SosioLis!!

Islam meletakkan demonstrasi aman sebagai uslub untuk menjelaskan aspirasi dan pendapat. Kedudukan ini amat berbeza sekali dengan pandangan masyarakat Kapitalis atau Sosialis (termasuk di dalamnya komunis) yang menganggap demonstrasi (samada aman atau liar) sebagai salah satu thariqah dalam melakukan perubahan masyarakat. Bagi masyarakat kufur ini, demonstrasi adalah sebagai proses perubahan masyarakat ke arah yang mereka inginkan. Oleh kerana itu, mereka tidak ada peraturan di dalam melakukan demonstrasi. Banyak sekali kejadian di mana mereka sering menimbulkan ketidaktenraman, merosak, menghancurkan, membakar harta benda dan lain-lain bentuk kemusnahan demi mencapai matlamat dan objektif mereka. Bukti-bukti kepada perkara ini amat jelas dan banyak sekali di mana kita dapat lihat hampir setiap hari di kaca TV mahupun di dada-dada akhbar tentang demonstrasi liar yang dilakukan oleh kaum kafir ini di dalam menuntut apa yang mereka inginkan.

Berlandaskan kepimpinan berfikir (qiyadah fikriyyah) seperti inilah, masyarakat kufur samada Kapitalis atau Sosialis membangun cara hidup mereka. Berasaskan idea ‘kebebasan’, mereka merasa berhak melakukan apa sahaja untuk menunjukkan rasa tidak puas hati. Dengan kata lain, kaedah yang mereka gunakan semasa berdemonstrasi ialah ‘matlamat menghalalkan segala cara’. Islam tidak mengenal konsep kebebasan sebagaimana yang dijaja oleh kafir Barat. Umat islam bukanlah satu umat yang ‘bebas’. Umat islam adalah umat yang ‘terikat’ dengan segala perintah dan larangan Allah. Kaum Muslimin adalah terikat dengan segala hokum-hakam, halal dan haram, baik dan buruk hanyalah semata-mata mengikut apa yang Allah telah tetapkan.
Sebagaimana yang telah di jelaskan, demonstrasi liar seperti yang dilakukan oleh golongan Kapitalis atau Sosialis adalah diharamkan di dalam islam. Islam mengharamkan menumpah darah sesama manusia kecuali dengan hak. Kehormatan setiap orang haram dicabuli atau dirampas oleh orang lain. Syariat Islam menjaga ketiga-tiga perkara tersebut dengan sempurna. Mana-mana individu atau pemerintah yang melakukan pencerobohan terhadap tiga perkara ini akan dikenakan hukuman sebagaimana yang telah ditetapkan oleh allah dan Rasul-Nya.Islam tidak mengenal prinsip dan kaedah ‘matlamat menghalalkan cara’ (al-ghaayah tubarriru al-wasilah), sebagaimana yang dianuti oleh masyarakat Kapitalis atau Sosialis. Tindak-tanduk seorang muslim samada sebagai individu atau sebahagian dari angggota masyarakat ataupun sebagai penguasa wajib terikat dengan syariat islam. Di dalam mengungkap aspirasi atau pendapat dengan cara berdemonstrasi mahupun dalam melakukan proses perubahan masyarakat, kaum muslimin terikat dengan apa yang Rasulullah telah tunjukkan. Demonstrasi mestilah dilakukan dengan cara yang aman.


Khatimah:-

Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan oleh Allah!! Merubah kemungkaran itu adalah hak dan tanggungjawab kalian,baik kemungkaran itu dilakukan oleh individu atau pemerintah. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda," Barangsiapa yang menyaksikan kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu, hendaklah dengan lidahnya(perkataan), jika tidak mampu dengan qalbunya. Itu(dengan qalbu) adalah selemah-lemah iman.."[HR Muslim]..

Mana-mana Masiirah yang dilakukan oleh kaum muslimin di dalam mengubah kemungkaran adalah hal yang dituntut dan sememangnya sesuatu yang mulia.Tidak lama dahulu kaum muslimin diseluruh dunia termasuklah di Malaysia melakukan Masiirah sebagai bantahan ke atas karikatur yang menghina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Parti Islam SeMalaysia (PAS) beserta beberapa pertubuhan Islam lainnya dan umat islam yang prihatin telah sama-sama bermasiirah membantah penghinaan yang telah dilakukan itu. Hizbut Tahrir Malaysia juga turut melakukan seruan di Masjid Negara mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan yang telah dilakukan ke atas Rasulullah dan mengajak umat islam agar bersama-sama mendirikan semula Daulah Khilafah yang hanya dengannya akan ‘mengajar’ dan menghukum kebiadaban kaum kuffar tersebut. Oleh itu, tindakan-tindakan seumpama ini dan juga bantahan ke atas forum Perlembagaan Persekutuan : Perlindungan Untuk Semua’ di depan Hotel Cititel, Pulau Pinang patut dipuji, bukannya dikeji. Adakah kita sanggup untuk menyatakan bahawa kaum Muslimin yang bermasiirah demi membela Rasulullah, demi membela Deen Allah dari diperlecehkan oleh kaum kaum kuffar sebagai satu tindakan yang salah dan bodoh??

Betapa mulianya aktiviti amar ma’ruf nahi munkar ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam sabda baginda. Bahkan pahala aktiviti seumpama ini boleh sebanding dengan pahala penghulu syuhada, iaitu Hamzah bin Abdul Mutthalib,"Penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthalib dan orang yang berhadapan dengan pemerintah yang zalim, lalu dia mengingatkan penguasa tersebut (kepada kemakrufan) dan melarangnya (dari kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya." [HR.Al-Hakim]

Wahai Kaum Muslimin!! Menasihati dan memuhasabah pemimpin, institusi, organisasi, kelompok atau komuniti tertentu serta mengkritik dasar dan keputusannya yang zalim, termasuk membongkar kemungkaran atau konspirasi jahat terhadap islam dan kaum Muslimin hukumnya adalah wajib meskipun caranya boleh beragam; boleh dilakukan secara langsung bertemu face to face; atau melalui tulisan, surat, seminar, demonstrasi aman dan lain-lain. Melakukan perkara-perkara tersebut dengan cara yang dibenarkan oleh syara’ samada secara langsung mahupun tidak, adalah jelas lebih mulia berbanding dengan tidak melakukan apa-apa, apatah lagi dari mengeji dan menghina orang lain yang melakukannya.

Wahai Kaum Muslimin!! Kalian adalah wakil rakyat yang telah dipilih untuk memimpin umat ini, bukan menyesatkannya. Kalian adalah orang yang diperintahkan oleh Rasulullah untuk menjadi pelindung kaum muslimin bukan membinasakannya. Kalian adalah orang yang diamanahkan oleh Allah untuk menjaga agamaNya, bukan menghancurkannya. Umat islam mengharapkan kalian mengembalikan semula kehidupan islam, mengembalikan sistem islam, menerapkan apa yang telah diperintahkan oleh Allah, menegakkan semula Daulah Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah. Jika kalian tidak melakukannya, kaum Muslimin yang benar-benar ikhlas berjuang di jalan Allah akan tetap melakukannya. Jika kalian tidak melakukannya, kaum Muslimin yang benar-benar ikhlas berjuang di jalan Allah akan tetap melakukannya. Sesungguhnya balasan Allah akan pasti tiba lagi mereka-mereka yang ingkar akan perintahNya. Itulah janji Allah dan janji Allah adalah suatu kebenaran yang pasti!!

Takbirrr!!!الله أكبر
Wallahu’alam…

!!DeMonsTrasi!!

@Hukum Demonstrasi Menurut Islam@

Demonstrasi liar (Muzhaharah) jelas-jelas diharamkan oleh islam. Ini kerana, di dalam melakukan demonstrasi, ia disertai dengan beberapa aktiviti yang diharamkan seperti mengganggu lalu-lintas, menghancurkan, merosak atau membakar harta benda, mengganggu ketenteraman awam dan sejenisnya.Tidak kurang pula, Muzhaharah ini mengakibatkan rusuhan, pergaduhan, perkelahian, penganiayaan, bahkan pembunuhan. Pengharamannya didasarkan pada fakta bahawa di dalam demonstrasi ini terdapat sejumlah tindakan yang diharamkan oleh islam.

Sementara itu, Demonstrasi Aman (Masiirah) adalah satu bentuk demonstrasi yang dibolehkan / diharuskan (mubah). Ini berdasarkan kenyataan bahawa ia dilakukan dengan tertib dan aman, dengan diperhatikan dan mematuhi hokum-hukum syara’, termasuk berkaitan dengan pendapat atau aspirasi yang disampaikan ; ia dilakukan tanpa kekerasan, tidak mengganggu lalu-lintas dan hak-hak umum, tidak membakar, merosak dan menghancurkan barang-barang milik umum, negara atau individu. Oleh yang demikian, Masiirah ini jelas-jelas diperbolehkan oleh islam.

Perlu difahami bahawa Islam memandang Masiirah sebagai salah satu cara(uslub) di antara berbagai cara pengungkapan aspirasi atau pendapat dan bukan sebagai method (thariqah) di dalam melakukan proses perubahan masyarakat. [Method / Thariqah adalah suatu yang wajib diambil oleh umat islam di dalam mencontohi Rasulullah. Contohnya, thariqah Rasulullah berdakwah secara aman dan tidak menggunakan kekerasan di dalam menegakkan Daulah Islam. Sedangkan Uslub. Apabila keadaan memerlukan, Masiirah boleh dan patut dilakukan dan sebaliknya jika tidak, patut ditinggalkan.Hal ini sesuai dengan hukum kemubahannya.
Jika kita teliti sirah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda tidak pernah menjadikan dan menggunakan demonstrasi aman sebagai thariqah mengubah masyarakat jahiliyyah di kota makkah menjadi masyarakat islam. Namun begitu, baginda pernah melakukan demonstrasi aman di kota makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam diperintahkan oleh Allah S.W.T supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju ke ka’bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengambil satu cara yang tidak pernah dilakukan yang tidak pernah dilakukan oleh masyarakat jahiliyyah pada ketika itu di dalam rangka menjalankan perintah Allah yakni menzahirkan islam dengan berdakwah secara terang-terangan. Masiirah ini juga dilakukan oleh baginda untuk menzahirkan kutlah (kelompok) kaum Muslimin yang selama ini telah ditasqif (dibina) oleh baginda secara sembunyi-sembunyi khasnya di rumah Al-Arqam ibnu Al-Arqam.
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga pernah menghimpunkan kaum Quraish di Bukit Safa untuk menyeru kepada mereka supaya beriman kepada Allah dan menjelaskan bahawa baginda adalah Rasul yang diutus Allah kepada manusia. Peristiwa ini sangat terkenal di dalam sirah kerana ia telah menjadi asbab kepada turunnya Surah Al-Lahab di mana Allah telah melaknat Abu Lahab. Perbuatan Rasulullah di dalam menghimpunkan kaum Quraish tadi sememangnya telah dikeji dan diperbodohkan oleh Abu Lahab, dengan berkata "Celakalah engkau wahai Muhammad, adakah semata-mata kerana ini engkau telah menghimpunkan kami?". Inilah kata-kata yang telah menyebabkan Allah S.W.T melaknat Abu Lahab. Wahai kaum Muslimin!! Adakah kita sanggup untuk mengatakan bahawa semua tindakan Rasulullah dalam berdemonstrasi secara aman itu sebagai suatu tindakan bodoh, sebagaimana Abu Lahab??Na’uzubillai min zaalik..


Demikianlah perbuatan-perbuatan yang telah dilakukan oleh Rasulullah yang menjadi petunjuk yang jelas kepada kita bahawa Masiirah dibenarkan oleh islam. Peristiwa ini merupakan dalil kepada kita bahawa kaum muslimin dibolehkan menghimpun umat manusia (samada dalam bentuk forum, seminar, Masiirah dan sebagainya) dalam rangka untuk menegakkan Deen Allah..

InsyaAllah!!