BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sekadar Perkongsian Bersama=)

!!!Cinta kita Cinta PerjuanGan!!!

Hasil karya: ahmadfadhli oleh : ahmadfadhli, 1 Oktober 2002)

“Enti menangis..?” “Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”“Habis, mata enti berair?” “Mata ana masuk habuk.
Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum. Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.“Ana tahu enti menangis..” “Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak. “Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..” “Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlaku fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…” “Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?” “Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..” “Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku. “Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..”
Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh? *** “Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya. “Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak. “Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan
Z Zdemokrasi.

Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?” Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini. “Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melalui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!”
“Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?” “Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.” “Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian. ***“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.
“Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!” Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki. “Jawab soalan aku dulu..” “Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya. “Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua. “Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!” “Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.
“Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… “ “Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.” “Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya. ‘Lagi.. negatifnya?” “Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung, “Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.” “Apa dia..? Negatifkah.” “Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.” “Gerakan militankah?” “Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!” “Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?” “Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!” “Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah. “Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”
***Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku? “Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?” “Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.?” “Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal. “Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi anbiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu. “Ustaz tidak main-mainkan ana?” “Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.” “Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.
***Sudah lima bulan aku di bumi anbiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya.. “Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung, “Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..” Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku. Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Cyber Café yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan o­nline, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku, “SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’ Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : “you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.
“Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan diysaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!” Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas, “Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!” Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita! - TAMAT –

Inilah cinta kita...cinta mereka yang inginkan cinta Allah..cinta yang tida taranya..cinta yang mengatasi segala apa di dunia..cinta syahid yang membara..cinta bertemu di syurgaNya...inikah cinta kita?...tepuk selera tanya iman di dada..

_uwaisaljundi_

@TinTa TarBaWi@

Perkara Yang Boleh Memberi Hiburan & Kelapangan

Pemandangan yg tenang(bumi tarbiyahku)

Perkara terpenting dalam hidup ialah menentukan matlamat kita adalah matlamat Ilahi. Matlamat Ilahi mendatangkan kepuasan kepada diri kita sendiri.Hadis Rasulullah Sallalahu’alaihiwasallam:

“ Tanda- tanda kelazatan iman ialah Allah dan Rasul yang paling dikasihi “.

Mendapat keredhaan Allah Subhanahuwata’ala adalah matlamat sebenar seseorang hamba.
Manakala faktor-faktor yang memberikan hiburan dan kelapangan dalam hidup kita ialah :

1) Iman

Cahaya iman melapangkan dada. Tanpa iman beerti seseorang berada dalam kegelapan.Malah itulah kegelapan hakiki. Sekiranya kita berada dalam kegelapan maka kita akan merasa susah, derita dan sempit dalam hidup. Seandainya kita hidup dalam cahaya iman, maka kita akan merasa lapang dan tenang..

2) Ilmu

Ilmu akan melapangkan dada kita.Kejahilan mewarisi kesempitan jiwa. Kejahilan juga akan menyebabkan kita merasa terpenjara dan terbelenggu. Dengan bertambahnya ilmu seorang hamba akan lebih senang.

Ilmu pula bukanlah sebarang ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu yang diwarisi oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Ilmu yang berfaedah. Orang yang memiliki ilmu adalah orang yang paling tenang hatinya, paling baik akhlaknya dan paling bahagia hidupnya..

3) Muraqabah

Muraqabah kepada Allah Subhanahu wata’ala ialah menumpukan sepenuh hati kepada Allah Subhanahu wata’ala. Seseorang akan merasai nikmat dengan beribadah kepada-Nya semata-mata. Kalau seseorang itu terikat dengan yang lain dalam ibadahnya, maka dia akan merasa lemah dan sempit..

Muraqabah kepada Allah Subhanahu wata’ala mencetuskan rasa cinta atau kasih seseorang kepada-Nya.Dengan bertambahnya kasih kita kepada Allah Subhanahu wata’ala,kita akan merasa bertambah tenang.Sebaliknya, kita akan merasa sempit melihat orang yang tidak kasih kepada Allah Subhanahu wata’ala, serta merasa lemas melihat orang yang melanggar perintah Allah Subhanahu wata’ala..

Oleh itu, apabila hati kita merasa aman melihat perbuatan yang tidak baik maka cepat-cepatlah berjumpa sahabat untuk ditarbiyah sebelum hati itu keras.

Ibnu Qayyim pernah berkata,”orang yang cinta kepada Allah memandang orang yang melanggar perintah Allah seperti memandang sampah.Matanya sakit melihat perbuatan tersebut”.
Dalam satu sabda Rasulullah sallahualaihiwassalam menerangkan bahawa diantara sifat orang yang merasai kemanisan iman ialah,”….Dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci di campakkan kedalam neraka…”

Benci yang di maksudkan disini ialah benci kepada perbuatan mungkar dan berusaha pula menarik seseorang kejalan yang benar sebagai hamba Allah semata-mata.

Orang yang kasihkan selain daripada Allah akan diazab oleh Allah dengan benda yang dikasihinya.Benda itu akan mengurungkan hatinya dan bumi ini akan menyusahkannya.

4) Ihsan

Ihsan juga adalah sifat boleh memberi ketenangan kepada hati.Ihsan kepada makhluk member manfaat kepada makhluk disamping diri sendiri.Oleh itu,berikanlah ihsan kepada makhluk ,kepada binatang hatta kepada orang kafir.

Orang yang pemurah dan ihsan adalah orang yang paling lapang jiwanya dan paling baik perasaannya.hatinyamerasai nikmat.

Sebaliknya,orang yang bakhil dan tiada ihsan adalah orang yang paling sempit jiwanya dan susah hidupnya.Walaupun kelihatan mewah tetapi perasaannya susah.Allah menyempitkan jiwanya.

5) Berani

Orang yang berani akan lapang dadanya dan tenang.Berani di sini bukanlah berani membuta tuli dan tiada pimpinan.Bahkan berani disni ialah berani sebagai seorang beriman.Subhanahuwata’ala semata-mata.

Dengan berani sebegini,maka hati tidak takut kepada sesiapa.Justeru itu hati rasa luas dan lapang.

Pengecut pula menyebabkan dada menjadi paling sempit,hilang lazatan dan hati terkurung sepertimana terkurungnya binatang.

6) Keluar daripada sakti baki hati yang keji seperti sifat hasad dengki.

Sifat-sifat keji akan mengazabkan hati kita.Orang yang memiliki sifat-sifat keji tidak akan mendapat habuanmerasai terhibur.

7) Menjaga mata.

Menjaga mata bermakna tidak melihat perkara-perkara maksiat atau perkara-perkara yang tidak perlu kita lihat.

8) Menjaga lidah

Meninggalkan percakapan keji yang tidak perlu dicakap.Bahaya percakapan sangatlah banyak.Rasullullah sallallahualaihiwasallam ada menjelaskan (yang bermafhum),”Kalau kamu tidak banyak cakap ,maka kamu akan nampak apa yang aku nampak”..

10) Menjaga Pergaulan.

11)Meninggalkan pergaulan yang tidak berfaedah.

12)Tidak makan berlebihan dan meninggalkan makanan yang tidak berfaedah.

13)Meninggalkan tidur supaya tidak melebihi daripada sepatutnya.


Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sebagai contoh :

Rasullullah Sallallahua’alaihiwasallam adalah ikutan kita dalam mendapatkan hiburan dan kelapangan hidup.Rasullullah Sallahualaihiwassalam makhluk terbaik yang memilih factor-faktor yang memberi hiburan dan kelapangan jiwa.Oleh itu ,makhluk yang terbaik dan terhibur ialah makhluk yang paling banyak mengikut Rasullulah Sallahualaihiwasallam.

Kemuncak kesenangan Rasullullah Sallahu’alaihi wassallam ialah dengan mendapatkan kesenangan dada dan pemeliharaan Allahu subhanahuwataala.Begitulah para pengikut baginda akan turut mendapat bhagian kesenangan dan pemeliharaan Allah Subhanahuwata’ala.Allah husubhanahuwata’ala akan menjaga ,mempertahankan,memuliakan,memperkuatkan dan menolong para pengikut setakat mana mereka mengikut Rasullullah Sallallahu’alaihiwasallam.

Sesiapa yang mendapat kebaikan,hendaklah memuji Allah subhanahuwataala.Sebaliknya kalau dia mendapat yang tidak baik,maka janganlah dia mencaci Allah Subhanahuwata’ala.Bahkan persalahkanlah diri sendiri,Mungkin pada dirinya terdapat sifat pengecut,bahil,menentang Allah,lalai berzikir kepada Allah,jahil dengan Allah,jahil dengan nama dan sifat Allah Subhanahuwata’ala atau bergantung kepada selain daripada Allah Subhanahuwataala atau bergantung kepada selain daripada Allah Subhanahuwata’ala .Sesungguhnya sesiapa yang bersifat sedemikian diharamkan jiwanya dari berasa bahagia.


Roh atau hati yang merasai bahagia

Yang merasai bahagia ialah roh atau hati.Kalau kita abaikan faktor-faktor tadi,maka hati akan menderita.Hakikatnya bukanlah teling,mata dan anggota zahir yang merasai tetapi hati.Hiburan hati sedap dan puas daripada hiburan zahir.

Nikmat hati kita terima bukanlah terhenti didunia sahaja,bahkan berterusan sehingga kealam barzakh.Alam Barzakh akan menjadi taman syurga dan menghiburkan.Sebaliknya hati yang sempit terus didunia akan terus terazb di alam barzakh.

Dengan nikmat hati,orang yang berjuang di jalan Allah Subhanahuwata’ala tidak akan merasa penat lantaran dia merasai kelazatan di sana nanti…Aminnn..

Ma'an Najah 'alaik!!!


Oleh : Abu Muhammad -Ulasan berdasarkan kitab Zaadul Ma’ad (Ibnul Qaiyyim)